Instagram Perkemas Paparan, Perkenal Logo Baharu

Offline
05-12-2016, 02:33 PM,
#1
resim

APLIKASI media sosial popular Instagram memperkenalkan logo baharu.

Jika sebelum ini logo berkenaan menggunakan imej kamera polaroid, kini Instagram memilih reka bentuk yang lebih ringkas. 

Dalam satu kenyataan menerusi laman blog mereka, logo baharu mengambil elemen logo lama dan menggunakan warna pelangi sebagai warna latar belakang.

Instagram turut memperkenalkan logo baharu kepada aplikasi lain mereka seperti Layout, Boomerang dan Hyperlapse.

Selain logo, aplikasi itu turut diberi sentuhan baharu dengan memberi keutamaan kepada ciri gambar dan video.

“Komuniti Instagram telah berkembang dalam tempoh lima tahun yang lalu daripada platform untuk berkongsi gambar sehingga menjadi komuniti global dengan perkongsian sebanyak 80 juta gambar dan video setiap hari.

“Reka bentuk baharu kami mencerminkan kemeriahan kisah dan kandungan anda,” katanya dalam kenyataan itu.

Walaupun tiada pengenalan ciri baharu dari segi fungsi, paparan di susur masa Instagram diperkemas dengan menghilangkan beberapa pembahagi berwarna.

Dengan membiarkan paparan latar menjadi 'bersih' dan putih, Instagram hanya mahu memfokuskan penyerlahan gambar-gambar yang dimuat naikpenggunanya.

Sementara itu, sesetengah netizen terkejut dengan perubahan berkenaan, kerana mereka lebih suka pada logo lama yang sudah sinonim dengan aplikasi media sosial itu.

Ramai yang menyifatkan reka bentuk logo itu hanya menggunakan ciri ‘gradient’ yang ringkas di Photoshop. - Awani


Really impressed with all the time and effort that went into redesigning the Instagram logo. lol
resim
resim

Possibly Related Threads...
Gambar Kek Disangka Bawa Maksud Lucah, Instagram Gantung Akaun Milik Wanita
Whatsapp Perkenal Aturan Kod Berkunci, Hanya Boleh Diakses Penghantar, Penerima
Whatsapp Perkenal Ciri Bold, Italics, Strikethrough
Facebook Perkenal Butang Reactions
Google Perkenal Logo Baru
Youtube Menyokong Video Paparan 360 Darjah Memang Mengasyikkan [demo Disertakan]
Instagram 'bersihkan' Pengikut Palsu Dalam 100 Akaun Paling Ramai Pengikut
Instagram Sudah Kalahkan Twitter
Infografik Makna Warna Logo Bagi Syarikat Besar Dunia
Gambar Instagram Anda Boleh Dimakan (9 Gambar)



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 374
Instagram Perkemas Paparan, Perkenal Logo Baharu
sukawg
102577
Forum Jump: