Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia

Offline
10-22-2016, 02:53 PM,
#1
resim
resim
resim

Sydney: Ketika masalah Samsung Galaxy Note7 hampir berakhir, telefon pintar baru keluaran Apple mungkin berdepan dengan masalah serupa.

Sebuah telefon pintar keluaran Apple, milik seorang jurulatih luncur air di Australia terbakar dan menyebabkan kerosakan teruk pada keretanya.

Dalam wawancara dengan 7 News, Mat Jones berkata, dia membeli iPhone 7 itu kira-kira seminggu lalu dan tidak pernah menjatuhkan atau menggunakan pengecas telefon lain.

Sebelum keluar ke pantai, dia memasukkan telefon pintar itu ke dalam seluar dan meninggalkannya di dalam kereta.

Tidak lama kemudian, dia menyedari asap memenuhi keretanya.

Apabila membuka kereta itu, dia dapati hampir seluruh bahagian dalam kenderaan itu musnah.

Mujur tidak ada orang cedera. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan dia tidak lagi memiliki telefon, bahkan dia juga kini tidak mempunyai kereta.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu, sebaliknya berkata, ia masih menyiasatnya. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Samsung Umum Keputusan Siasatan Note 7 Meletup Bulan Ini
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 465
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia
sukawg
105322
Forum Jump: