Is Ancam Singkir Hamas Di Gaza

Offline
07-02-2015, 04:01 AM,
#1
KAHERAH 1 Julai – Kumpulan militan Negara Islam (IS) memberi amaran mereka merancang untuk menyingkirkan pergerakan Hamas dari Genting Gaza dan memperluaskan kuasa mereka di Asia Barat.

Kumpulan militan IS dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan dari kubu kuat mereka di Syria menuduh pergerakan Hamas gagal menegakkan syiar Islam di wilayah Palestin itu.

“Kami akan menghapuskan negara Israel sehingga ke akar umbi, Hamas, dan Fatah termasuk semua golongan sekular.

“Undang-undang syariah akan dikuatkuasakan di bumi Gaza, kami bersumpah apa yang berlaku di Yarmouk (kem pelarian Palestin) akan berlaku juga di sini (Gaza),” kata seorang anggota IS yang bertopeng dalam video tersebut, merujuk kepada tindakan IS memperluaskan pengaruhnya di Syria, termasuk di kem pelarian Palestin di Damsyik.

IS mendakwa syariah Islam akan hanya dapat ditegakkan di Gaza sekiranya Hamas berjaya disingkirkan.

Hamas merupakan sebuah pergerakan Palestin yang memerintah Gaza dan menentang pembentukan negara Israel.

Namun, perjuangan Hamas hanya tertumpu kepada perjuangan nasionalisme berlandaskan Islam untuk membebaskan bumi Palestin.

Menteri Perisikan Israel, Israel Katz sebelum ini menuduh Hamas bekerjasama dengan sekutu IS di Sinai, Mesir namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pergerakan itu.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 756
Is Ancam Singkir Hamas Di Gaza
NorCun
96727
Forum Jump: