Is Mengaku Lancar Serangan Tepi Pantai Di Bandar Sousse Tunisia 40 Terbunuh

Offline
06-28-2015, 01:04 AM,
#1
TUNIS 27 Jun – Kumpulan militan Negara Islam (IS) hari ini mengaku bertangungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di sebuah pusat percutian popular di Tunisia yang menyaksikan hampir 40 orang terbunuh dalam satu kejadian dekat bandar Sousse, semalam.

resim

Terdahulu, kumpulan itu turut mengaku bertanggungjawab mengebom sebuah masjid Syiah di Kuwait yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera termasuk serangan di sebuah kilang gas di Perancis yang mengakibatkan seorang mangsa dipenggal.

Dalam serangan di Tunisia, IS menamakan penyerang berkenaan sebagai Abu Yahya al-Qirawani dan mendakwa suspek berjaya menyelinap ke dalam Hotel Riu Imperial Marhaba di bandar tepi pantai Sousse.

IS turut memuat naik gambar penyerang itu, namun saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada lelaki bersenjata yang mereka lihat sama dengan imej yang diedarkan kumpulan tersebut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tunisia, Mohammed Ali Aroui berkata, penyerang merupakan seorang pelajar tempatan yang akan menerima sarjana kejuruteraan dari bandar Kairouan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Tunisia, kebanyakan mangsa yang terkorban merupakan pelancong dari Britain, Jerman, dan Belgium.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Tunisia tidak menamakan suspek tersebut, lapor portal berita CNN.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunisia dalam langkah pencegahan bercadang untuk menutup sebanyak 80 buah masjid yang berada di luar pengawasan pihak berkuasa negara itu.

Perdana Menteri, Habib Essid berkata, tindakan itu dibuat selepas masjid terbabit didapati menghasut keganasan kepada umat Islam.

Sementara itu di Sousse, kebanyakan pelancong didapati telah mengemas bagasi mereka untuk keluar dari lokasi tersebut, sehari selepas serangan berlaku, lapor portal Al Jazeera.

Sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan Jerman, TUI menyatakan, pihaknya sedang menguruskan penerbangan kepada pelancong yang mahu keluar dari Tunisia dan mereka yang telah menempah percutian untuk musim panas ini boleh membuat tempahan semula atau membatalkan trip percutian berkenaan tanpa sebarang caj.

Sousse yang terletak bandar Hammamet dan Kepulauan Djerba merupakan pusat percutian yang menjadi tumpuan pelancong khasnya dari Eropah dan negara Afrika Utara. sumber utusan

Possibly Related Threads...
25 Gambar Malam Di Bandar Mosul Syria Di Bawah Jajahan Daulah Islam Wilayah Nainawa
Is Siar Video 25 Askar Ditembak Mati Di Gelanggang Teater Bandar Purba Palmyra
13 Gambar Keadaan Solat Terawih Di Bandar Mosul Utara Iraq
As Mengaku Latih Penentang Kerajaan Syria Bergaji As$250 Ke As$400 Sebulan
Lebih 10,000 Militan Is Terbunuh
Iraq Lancar Serangan Balas Ke Atas Is Di Ramadi
Video Kesan Kemusnahan Airstrike Amerika Terhadap Bandar Kobane Teruk Sungguh
Tahanan Is Warga Us Mengaku Memeluk Islam
Wanita Mengaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan Is
Offline
06-28-2015, 01:21 AM, (This post was last modified: 06-28-2015, 01:23 AM by NorCun.)
#2









Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 990
Is Mengaku Lancar Serangan Tepi Pantai Di Bandar Sousse Tunisia 40 Terbunuh
NorCun
96639
Forum Jump: