Isa Samad Elak Bertemu Wartawan

Offline
12-22-2017, 09:12 AM,
#1
[Image: IMG-20171222-WA0000.jpg_1513876223.jpg]




LEBIH sejam wartawan menunggu, namun kelibat bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dipercayai dari Dubai kira-kira jam 10 malam tidak kelihatan.

Kehadiran wartawan di KLIA adalah bagi mendapatkan maklum balas daripada beliau berhubung isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak di Kuala Lumpur.

Isa sepatutnya keluar dari terminal ketibaan antarabangsa melalui laluan khas orang kenamaan di aras lima KLIA malah, tempahan perkhidmatan turut dibuat di situ.

Pada masa sama, kelihatan beberapa penyokong beliau menunggu di luar pintu laluan orang kenamaan di aras lima KLIA bagi menyambutnya.

Bagaimanapun, Isa mengelak untuk bertemu pihak media apabila beliau tidak melalui laluan orang kenamaan kerana difahamkan, beliau menggunakan laluan lain.

Isu pindah milik tanah itu susulan laporan BH iaitu, FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik FELDA dikenali sebagai KLVC Tower1A.

Menerusi sidang media olehPengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad, pihaknya bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanahnya yang dianggarkan bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan laporan yang menimbulkan tanda tanya berhubung urusan pindah milik tanah berkenaan.

Katanya, selain laporan polis yang dibuat pada 12 Disember lalu, tindakan lain yang diambil adalah dengan mendaftarkan kaveat ke atas tanah itu, membatalkan surat kuasa wakil penuh (PA) yang dikeluarkan dan mengambil tindakan sivil terhadap pihak yang terbabit.
 

Possibly Related Threads...
Jenis Perempuan Di Elak Lelaki
'Hina' Islam: Malaysia usir wartawan Saudi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 16
Isa Samad Elak Bertemu Wartawan
Reez Ramsey
114616
Forum Jump: