Islam Dijangka Jadi Agama Kedua Terbesar Di Amerika

Online
01-11-2018, 09:38 PM,
#1
resim
Foto sumber Getty Images/CNN

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Populasi penganut beragama Islam yang semakin bertambah di Amerika Syarikat (AS) dijangka menggantikan Yahudi sebagai agama kedua terbesar di negara berkenaan pada 2040.

Data penyelidikan agensi Pew Research mendapati populasi Muslim bertambah dalam kadar besar iaitu  3.45 juta pada 2017 dan dijangka mencapai 8.1 juta pada 2050.

Laporan CNN mengatakan pertambahan yang pesat tersebut disebabkan oleh imigrasi dan lebih separuh dari jumlah populasi penganut beragama Islam hari ini adalah imigran.

Bagaimanapun, penganut agama Islam di AS dijangka tetap berada di belakang jumlah penganut agama Kristian yang dijangka melepas 252 juta pada 2020, 70 kali ganda lebih banyak dari jangkaan penganut agama Islam pada tahun sama.

Ini bermakna penganut agama Islam tetap tergolong dalam kelompok kecil populasi AS iaitu 2.1 peratus.

Kesemua data juga mengambil kira faktor mereka yang tidak menganuti mana-mana agama dan golongan ini juga dijangka bertambah lebih banyak dari jumlah penganut agama Islam dalam masa beberapa dekad akan datang.

Misalnya, rakyat AS yang tidak menganuti mana-mana agama dijangka mencapai jumlah 62 juta pada 2020.

Golongan tersebut dijangka mencapai 100 juta pada 2050. - Sinar

Possibly Related Threads...
Budak Sekolah Autisme Didakwa Bocorkan Maklumat Sulit Amerika
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Kubur Asing-asing, Tak Sepatutnya Berlaku Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia
Tupai Jadi Perhatian Pandai Bermain Ski Air
Viral Gadis Cantik Jadi Runner Hantar Barang
Cuaca Sejuk Baju Tak Kering, Kedai Dobi Jadi Tumpuan Warga Kota
Makan Pasir Sejak 10 Tahun Lalu Rahsia Jadi Sihat, Kata Nenek
Yuni, Pengawal Keselamatan Cantik Tolak Tawaran Jadi Model
Doktor Tak Boleh Jadi Tukang Potong Hudud, Kata Kp Kesihatan
25 Tahun Jadi Pondan, Lelaki Kini Nekad Berubah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 21
Islam Dijangka Jadi Agama Kedua Terbesar Di Amerika
sukawg
115056
Forum Jump: