Israel Potong Bekalan Elektrik Ke Palestin

Offline
02-25-2015, 07:39 AM,
#1
BAITULMAQDIS 24 Feb. – Israel meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Palestin apabila memotong bekalan elektrik kepada dua bandar di utara Tebing Barat selama sejam setiap hari, ekoran kegagalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menjelaskan bil tertunggak.

Pegawai PA yang enggan dikenali dalam kenyataannya berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dilaksanakan di bandar Jablus dan Jenin, menyebabkan beribu-ribu rumah penduduk Palestin terjejas dan rejim Zionis dijangka melanjutkan lagi tempoh pemotongan.

Ketua Eksekutif syarikat bekalan elektrik, Israel Electric Corporation, Yiftach Ron-Tal berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat ekoran kerajaan Palestin belum menjelaskan hutang bil elektrik berjumlah AS$510 juta (RM1.8 bilion).

Namun, seorang pegawai tempatan di Nablus menafikan dakwaan itu dengan berkata, bil yang masih belum dijelaskan hanya berjumlah AS$12.5 juta (RM45 juta) dan ia diberikan hanya dua hari lalu.

“Kami akan membayar bil itu dalam tempoh beberapa hari lagi.” kata pegawai terbabit, sambil menambah kata, tindakan rejim Zionis tersebut sebagai memberi tekanan terhadap PA.

Awal Januari lalu, kerajaan Palestin diterima menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai usaha mengheret Israel ke muka pengadilan atas jenayah perang.

Tindakan tersebut, sekali gus membangkitkan kemarahan Israel yang kemudiannya bertindak membekukan wang cukai milik Palestin bernilai berjuta-juta dolar yang sepatutnya diberikan kepada PA pada setiap bulan.

Sementara itu di Amerika Syarikat (AS), sebuah mahkamah di negara itu mengarahkan kerajaan Palestin membayar ganti rugi lebih AS$218 juta (RM793 juta) atas kesalahan menyokong enam serangan yang mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat AS di Baitulmaqdis, keputusan yang dilihat bakal memburukkan lagi keadaan kewangan Palestin.

Mengikut akta antikeganasan AS, ganti rugi tersebut meningkat sebanyak tiga kali ganda, sekali gus menyebabkan PA dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dikehendaki membayar ganti rugi kepada mangsa dan waris mangsa lebih AS$650 juta (RM2.3 bilion).

PA dan PLO didapati bersalah atas 25 pertuduhan yang mempunyai kaitan dengan enam serangan bom dan tembakan yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas dan Briged Al-Aqsa antara Januari 2002 dan Januari 2004, menyaksikan 33 orang terbunuh dan 390 orang lagi cedera.

Serangan terbabit dilancarkan ketika siri kedua kebangkitan Palestin bagi menentang kekejaman Israel. – AFP

Possibly Related Threads...
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump
Trump Jamin Baitulmuqqadis Milik Israel Jika Dilantik Presiden Amerika
Amerika Salur Dana Rm157 Bilion Setahun Untuk Serang Palestin



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 513
Israel Potong Bekalan Elektrik Ke Palestin
sukawg
93503
Forum Jump: