Israel Tidak Akan Serah Wilayah Palestin, Kata Netanyahu

Offline
03-09-2015, 10:38 AM,
#1
resim
Benjamin Netanyahu. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan menyerahkan sebarang wilayah berikutan keadaan semasa di Asia Barat, sekali gus menolak kemungkinan penubuhan negara Palestin.

Kenyataan Netanyahu itu yang dibuat ketika beliau cuba memenangi sokongan puak tegar menjelang pilihan raya kebangsaan minggu depan, jelas menolak matlamat utama masyarakat antarabangsa dan bakal menjejaskan usaha damai jika beliau dipilih semula.

"Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata sebarang wilayah yang dikosongkan akan jatuh ke tangan pelampau dan pertubuhan pengganas yang disokong Iran. Justeru, tidak akan ada penyerahan dan pengunduran. Ia tidak relevan," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan parti Likud.

Pejabat Netanyahu menjelaskan kenyataan itu mencerminkan pendirian beliau selama ini.

Masyarakat antarabangsa sudah lama berusaha untuk penubuhan negara Palestin di atas wilayah yang ditawan Israel pada Peperangan Asia Barat pada 1967.

Pada 1993, Israel dan Palestin memeterai perjanjian sementara yang akan menjurus kepada penamatan konflik Israel-Palestin.

Beberapa pusingan rundingan damai diadakan sejak itu dengan yang terbaharu menemui jalan buntu tahun lalu.

Pegawai Palestin, Saeb Erekat, berkata Netanyahu menggunakan persengketaan serantau sebagai alasan.

"Hari ini Netanyahu menunjukkan wajar sebenar beliau. Sejak 1993, beliau berusaha keras untuk memusnahkan usaha damai dan penyelesaian dua negara," kata Erekat.

Menjelang pilihan raya kebangsaan, puak sederhana dan parti berhaluan kiri menyatakan mereka menyokong usaha menyambung rundingan damai dengan Palestin.

Tiada reaksi segera daripada Amerika Syarikat.

Possibly Related Threads...
Imam Masjid Al Aqsa Ditembak Tentera Israel
Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis
Kerja Penggalian Israel Musnahkan Masjid Al Aqsa
Pesawat Pm Israel Melencong Jauh Lepas Indonesia Halang Masuk Ruang Udara
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Ke Gaza
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Israel Dijilat Api, Terpaksa Minta Bantuan Negara Jiran
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 532
Israel Tidak Akan Serah Wilayah Palestin, Kata Netanyahu
sukawg
93860
Forum Jump: