Isteri, 2 Anak Penumpang Mh370 Mohon Sepina Najib

Offline
01-24-2017, 08:40 PM,
#1


resim

KUALA LUMPUR: Waris penumpang pesawat MH370 hari ini mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Tinggi mengeluarkan sepina terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua yang lain dalam perbicaraan kes saman mereka terhadap Malaysia Airlines Berhad (MAB).



Peguam Sudesh Kumar yang mewakili Mah Kam Siew iaitu isteri kepada ahli perniagaan, Koh Tiong Meng, 40, ketika ditemui berkata pihaknya turut memohon supaya sepina dikeluarkan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kumar berkata, sepina itu bagi membolehkan  ketiga-tiga individu berkenaan memberikan keterangan dalam perbicaraan kes saman kecuaian difailkan anak guamnya yang dijadualkan pada 20 Februari depan.

Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes saman itu di kamar Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan.

Kam Siew, 38 dan dua anaknya masing-masing berusia seorang perempuan berusia lapan tahun dan seorang lelaki berusia enam tahun memfailkan saman itu pada 3 Mac tahun lalu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif berkata, Tiong Meng adalah penumpang pesawat MH370 yang memasuki kontrak perjanjian penerbangan dengan MAB bagi penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, 8 Mac 2014.


INFO

-Plaintif mendakwa MAB cuai dan melanggar perjanjian penerbangan sehingga menyebabkan kehilangan anggota keluarga mereka.

-Defendan didakwa memungkiri perjanjian apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada bukti sahih mengenai pengakhiran pesawat sehingga hari ini, selain tidak diketahui lokasi penumpang serta anak kapal.

-Plaintif menuntut antaranya ganti rugi kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan bagi penderitaan dialami, ganti rugi teladan, kos, faedah dan relif lain.

- BHarian

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 296
Isteri, 2 Anak Penumpang Mh370 Mohon Sepina Najib
sukawg
107515
Forum Jump: