Isteri Mati Dibunuh Suami Sendiri Kerana Cemburu Di Sarawak

Offline
02-12-2018, 08:19 PM,
#1
resim
Seorang isteri ditemui mati dibunuh dipercayai dikelar suaminya sendiri di Rumah Panjang Uma Balui Ukap, Sungai Asap.

resim
Seorang lelaki yang hanya berseluar dalam baring terlentang di sebelah mayat isterinya selepas dipercayai mengelar wanita itu sebelum cuba membunuh diri di Rumah Panjang Uma Balui Ukap, Sungai Asap di Belaga, malam semalam. - GAMBAR IHSAN PDRM

BELAGA - Seorang isteri ditemui mati dibunuh dipercayai dikelar suaminya sendiri di Rumah Panjang Uma Balui Ukap, Sungai Asap di sini malam semalam.

Sumber berkata, kejadian disedari jiran pasangan itu yang terkejut selepas melihat mereka terbaring berlumuran darah di dapur rumah itu kira-kira pukul 9.10 malam.

Katanya, jirannya yang terkejut terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai cemburu lalu bertindak mengelar leher isterinya menggunakan senjata tajam.

"Suspek kemudiannya cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, ketika polis tiba di rumah itu, isteri suspek ditemui sudah meninggal dunia manakala suspek dijumpai dalam keadaan separuh sedar.

"Mereka kemudiannya dibawa ke klinik Sungai Asap sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Jelasnya, kes berkenaan masih dalam siasatan. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Idam Sepupu, Pemuda Tikam Pakcik Sendiri Kerana Tolak Pinangan
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Pemuda Ambil Pil Kuda Kerana Ada Masalah Cinta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 28
Isteri Mati Dibunuh Suami Sendiri Kerana Cemburu Di Sarawak
sukawg
115818
Forum Jump: