Isteri Orang Diugut Sebar Gambar Lepas Sewa Hotel Bersama Lelaki Lain

Online
11-22-2017, 12:30 PM,
#1
resim

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Polis menahan seorang duda beranak dua selepas mengugut untuk menyebarkan gambar separuh bogel seorang wanita yang juga isteri orang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan pukul 5 petang di Alor Setar, Kedah selepas mangsa berusia 48 tahun membuat laporan polis.

“Mangsa telah berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook pada 6 November lalu dan suspek telah datang ke sini untuk berjumpa mangsa pada 16 November lalu.

“Ketika menginap di sebuah hotel di Nusa Bestari, Skudai, mangsa mendakwa berada dalam keadaan separuh sedar dan hanya menuruti perintah suspek,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noor Hashim berkata, pada Sabtu lalu, mangsa telah menghantar suspek di hentian bas untuk pulang ke Kedah dan pada hari sama mangsa mendapati panggilan daripada suspek yang meminta wang berjumlah RM5,000.

Sekiranya gagal membayar wang tersebut, suspek mendakwa akan memberitahu suami mangsa tentang pertemuan mereka dan mendedahkan gambar bogel mangsa. - Utusan

Possibly Related Threads...
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Pengarah Sprm Dicekup Khalwat Bersama Janda
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Tentera Dipenjara 13 Tahun Perkosa Isteri Rakan Ketika Tumpang Tidur
Isteri Selamba Seks Dengan Kekasih Depan Anak-anak Ketika Suami Tiada
Gadis Mabuk Tak Sedar Diperkosa 2 Lelaki, Diugut Sebar Video
Budak Perempuan Diberi 24 Sen Lepas Dicabul
Amoi Serah Gambar Bogel Lepas Dijanjikan Rm15,000
Banyak Kes Gambar Bogel Sudah Viral Tapi Tak Dilaporkan
Pengarah Filem X-men Didakwa ' Tampar' Remaja Lelaki Dengan Alat Sulitnya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 219
Isteri Orang Diugut Sebar Gambar Lepas Sewa Hotel Bersama Lelaki Lain
sukawg
113829
Forum Jump: