Isteri Terpaksa Berhutang Jiran Beli Susu, Lampin Suami Terlantar Kemalangan

Online
12-01-2014, 06:39 AM,
#1
resim
JITRA: Rohana Ariffin, 46, (kanan) dan anaknya Natasha, 11, (kiri) yang menjaga Piaamaddin Saad, 48, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya pada Disember 2012 ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kandis, Kodiang dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA

JITRA – Seorang isteri terpaksa berhutang dengan rakan dan jiran untuk membeli susu khas, lampin pakai buang serta ubat untuk suaminya yang terlantar akibat kemalangan.

Rohana Ariffin, 46, dari kampung Kandis, Kodiang dekat sini berkata suaminya Piaamaddin Saad, 48, lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember 2012 di Pendang.

Rohana berkata, dia terpaksa berhutang selepas bekalan susu khas untuk suaminya dari hospital telah habis sejak Oktober lepas.

“Susu itu harga RM78 setin dan hanya bertahan tiga hari.

“Saya dah buat permohonan kepada pihak hospital untuk dapatkan susu khas itu secara percuma pada tahun hadapan.

“Tapi sebelum sampai tahun depan saya terpaksa beli sendiri bekalan. Saya tak mampu nak kerja sebab ada ketumbuhan pada ovari.

“Bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sebanyak RM300 sebulan tidak cukup untuk tampung perbelanjaan suami lebih RM1,000 yang memerlukan perhatian sepenuhnya,” kata Rohana kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Rohana berkata dia dan suami bersama dua anak Iskandar Zulqurnain, 15, dan Natasha, 11, yang masih bersekolah terpaksa mengharapkan bantuan orang ramai yang memberi zakat dan pelbagai sumbangan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, dia juga tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan untuk anaknya.

Rohana berkata Iskandar kini mengambil upah mencuci kereta berhampiran rumah mereka bagi mengumpul duit untuk membeli kelengkapan persekolahan dan buku pada tahun hadapan.

“Saya harap ada pihak tampil bagi bantuan kepada keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rohana di talian 017-5857686 atau terus ke akaun Agro Bank 1-00-5031-00005954-5. – BERNAMA

Possibly Related Threads...
Kakitangan Jpj Derita Tiada Mata, Tempurung Kepala Akibat Kemalangan
Suami Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5km Dengan Kerusi Roda Untuk Ke Hospital
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak
Suami Tabah Jaga Isteri Hidap Kanser Otak
Terpaksa Serah 3 Dari 10 Anaknya Kerana Hidup Susah
Bantuan Diperlukan. Ibu Kemalangan Baby Dalam Rahim Terkeluar
Bantulah : Terpaksa Berhutang Beli Beras
[hmetroonlinesetmpt]_ibu Terpaksa Catu Makanan
New_Pilu seorang bapa terpaksa merempat di kaki lima



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 576
Isteri Terpaksa Berhutang Jiran Beli Susu, Lampin Suami Terlantar Kemalangan
sukawg
90801
Forum Jump: