Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Buat Semua Kerja Rumah

Offline
11-13-2017, 03:43 PM,
#1
resim

MESIR  - Seorang wanita muda berumur 28 tahun menuntut cerai selepas dua minggu berkahwin hanya kerana suaminya melakukan semua kerja rumah.

Suaminya yang berumur 31 tahun juga memiliki gedung pakaian dengan sejumlah pekerja menyebabkan dia mempunyai banyak masa di rumah.

Wanita yang dikenali sebagai Samar M mendakwa suaminya, Mohammad S menghabiskan masa dengan mengemas dan menyusun perabot.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak mahu lagi hidup bersama suaminya.

Samar mendakwa suaminya bukan sahaja melakukan semua kerja rumah, bahkan menghalangnya untuk membantu.

Dia cuba bersuara mengenai perkara itu, sebaliknya diberi kata dua supaya perlu mengikut syarat suaminya.

"Kami baru berkahwin dua minggu. Kami bercinta lebih dua tahun tetapi saya dah tidak tahan lagi hidup bersamanya kerana sikap dia," kata Samar kepada portal berita Mesir, Masrawy.

"Suami saya seorang suri rumah. Dia tidak mengizinkan saya membuat kerja rumah, dan dia melakukan semuanya dari memasak sehingga mengemas.

"Dia mengawal rumah kami dan saya tidak boleh berkata tidak," katanya mengenai sebab mahu menuntut cerai daripada suaminya. - odditycentral/MStar

Possibly Related Threads...
Di China, Ibu Bunuh Diri Kerana Bakal Menantu Pendek
Rumah Mudah Alih Hanya Ambil Masa 6 Jam Untuk Dipasang
Cikgu Suruh Buat Kerja Sendiri Di Hari-hari Terakhir Sekolah
Isteri Derita Lumpuh Seluruh Badan Lepas Lahirkan Anak
Di India, Kerana Tak Puas Hati Dengan Filem, Mahu Bakar Pelakon
Gol Tak Dikira Kerana Ofsaid, Penjaga Garisan Dibelasah Di Terengganu
Pm Singapura Tuduh Malaysia Semak Semula Pulau Batu Puteh Kerana Mahu Pilihanraya
Penipu Minta Dipenjara Lebih Ketat Kerana Tak Dapat Tahan Diri Menipu Lagi
Isteri Cantik Hamil Sudah 2 Minggu Dilapor Hilang
Ahli Politik Indonesia Terlibat Rasuah Rm700 Juta Buat-buat Sakit Elak Disiasat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Buat Semua Kerja Rumah
sukawg
113622
Forum Jump: