Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370

Offline
09-05-2017, 03:06 PM,
#1





resimresim

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sebarang cubaan untuk mengaitkan insiden pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia ke Madagascar, Zahid Houseinaly Reza dengan penemuan serpihan baharu yang dipercayai daripada pesawat Malaysia Ailrines (MH370) baru-baru ini, disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan terlalu awal untuk membuat spekulasi demikian berikutan kes siasatan masih sedang berjalan.

“Saya meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi atau mengaitkan insiden pembunuhan Zahid dengan penemuan serpihan baharu itu kerana agak tidak matang untuk membuat kesimpulan terburu-buru itu.

“Biar pihak polis menjalankan siasatan mereka kerana serpihan baharu yang ditemui itu bukan sahaja boleh dibawa oleh Zahid tetapi melalui perkhidmatan kurier yang juga mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) siasatan kes” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Majlis Perasmian Sambutan Minggu Maritim Malaysia Sedunia 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Minggu lalu, sebuah akhbar harian Australia, Perth Now yang memetik penyiasat persendirian Amerika Syarikat, Blaine Gibson dalam laporannya mendakwa Zahid yang bertanggungjawab bagi penyerahan serpihan MH370 kepada kerajaan Malaysia, dibunuh pada 24 Ogos lalu.

Dakwa laporan itu, serpihan baharu yang ditemui itu sepatutnya diserahkan kepada Zahid sebelum dihantar melalui kurier ke Malaysia.

Bagaimanapun, laporan itu mendakwa Zahid dibunuh sebelum beliau sempat menjalankan tugasnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat
Isteri, 2 Anak Penumpang Mh370 Mohon Sepina Najib



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 120
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
sukawg
112336
Forum Jump: