Jerebu Di Kalimantan Tengah Catat Ipu 1,500

Offline
09-22-2015, 06:32 PM,
#1
resim
JEREBU kembali di Pontianak disebabkan kebakaran di beberapa daerah di Kalimantan Barat. FOTO Mohd Radzi Bujang

Pontianak: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kalimantan Tengah mencatatkan bacaan 1,500 dan terus meningkat setakat 3 petang tadi.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Di Palangkaraya, Kalimantan Tengah menunjukkan peningkatan mendadak sejak 12 tengah malam semalam, dengan bacaaan 750 kepada 1,500 sehingga 3 petang tadi.

Di Kalimantan Barat, IPU paling tinggi dengan bacaan 750 pada 10 pagi dan setakat 4 petang, bacaan direkodkan pada 300.

Petugas BMKG Pontianak, Kalimantan Barat, Dasmian Sulviani berkata, perubahan mendadak kualiti udara kepada tahap berbahaya di Kalimantan Barat berikutan muncul titik panas terbaru hasil daripada titik panas yang terdahulu.

Menurutnya, walaupun hujan di beberapa bahagian, kemarau masih berterusan dan menyukarkan kerja memadamkan kebakaran terutamanya di luar daerah Pontianak.

Berdasarkan laman Web Asean Specialised Meteorological Centre, sebanyak 475 titik panas dikesan setakat jam 10 pagi, berbanding 275, kelmarin. - Metro

Possibly Related Threads...
Janji Indonesia: Tiada Jerebu Dari Sumatera Barat Tahun Ini
Gempa Kuat 7.1 Magnitud Gegar Tengah Itali Sebentar Tadi
Jerebu Kembali Melanda Negara
10,000 Penduduk Sakit Akibat Jerebu Di Riau
Empangan Timah Tasoh Catat Penyusutan 2 Kali Ganda Sehari
2015 Catat Cuaca Terpanas Dalam Sejarah Dunia
19 Warga Indonesia Mati Akibat Jerebu
Jerebu Boleh Menyebabkan Tekanan, Kemurungan Dan Sakit Mental
Ipu Di Palangkaraya, Kalimantan Tengah Cecah 3,000
Jerebu: Sekolah Tutup Lagi Esok 20 Oktober



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 835
Jerebu Di Kalimantan Tengah Catat Ipu 1,500
sukawg
98436
Forum Jump: