Jerebu Di Seluruh Asia Tenggara Terburuk Dalam Sejarah – Nasa

Offline
10-04-2015, 08:10 AM,
#1
resim
AFP melaporkan, ini susulan perubahan cuaca akibat kesan El Nino hingga menyebabkan rekod jerebu kali ini bakal menyamai atau lebih parah daripada krisis yang pernah melanda pada tahun 1997 lalu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 3 Oktober: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) memberi amaran bahawa fenomena jerebu yang sedang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura kali ini berpotensi menjadi yang terburuk dalam sejarah.

AFP melaporkan, ini susulan perubahan cuaca akibat kesan El Nino hingga menyebabkan rekod jerebu kali ini bakal menyamai atau lebih parah daripada krisis yang pernah melanda pada tahun 1997 lalu.

“Keadaan di Singapura dan Sumatera Tenggara menuju krisis jerebu terburuk dibandingkan pada 1997,” kata saintis University of Columbia di Amerika Syarikat, Robert Field.

Jelas Field, yang bertugas di Institut Goddard untuk Kajian Angkasa milik NASA, musim kemarau tahun ini lebih panas dan panjang jika dibandingkan situasi biasa ekoran fenomena El Nino.

Selain itu, bencana jerebu ini juga dijangka akan berlarutan sepanjang beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, NASA turut memuat naik gambar setelit yang memaparkan keadaan pembakaran hutan di Indonesia menerusi laman web rasmi agensi berkenaan.

Indonesia menghadapi tekanan daripada negara-negara jirannya setiap tahun sejak 20 tahun lalu dalam menangani pembakaran hutan di negara itu yang menjadi punca jerebu tebal berlaku. - TRP

Possibly Related Threads...
Viral Rakaman Lelaki Hanyut Dalam Banjir
Janji Indonesia: Tiada Jerebu Dari Sumatera Barat Tahun Ini
Jerebu Kembali Melanda Negara
10,000 Penduduk Sakit Akibat Jerebu Di Riau
2015 Catat Cuaca Terpanas Dalam Sejarah Dunia
19 Warga Indonesia Mati Akibat Jerebu
Jerebu Boleh Menyebabkan Tekanan, Kemurungan Dan Sakit Mental
Jerebu: Sekolah Tutup Lagi Esok 20 Oktober
Jerebu: Semua Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan Ditutup 2 Hari
Malaysia Masih Tidak Puas Hati Cara Indonesia Tangani Jerebu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 667
Jerebu Di Seluruh Asia Tenggara Terburuk Dalam Sejarah – Nasa
sukawg
98704
Forum Jump: