Jet Baru Najib Boleh Hentikan Penculikan Di Sabah, Soal Dr M

Offline
05-19-2015, 09:27 PM,
#1
resim

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempertikaikan tahap keselamatan negara di pesisir pantai dan di kawasan sempadan utara Semenanjung Malaysia.

Menerusi blognya, Mahathir secara sinis bertanya jika pembelian jet rasmi baru kerajaan yang dipertahankan Najib atas alasan "keselamatan", mampu menghentikan kes pencerobohan dan penculikan di Sabah serta penyeludupan senjata api di sempadan.

"Pesawat untuk keselamatan. Adakah ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan sewenang-wenangnya di Sabah dan penyeludupan senjata api di sempadan utara tanah air?

"Atau adakah soal keselamatan hanya terhad untuk mereka yang terbang dengan jet?" soal Dr Mahathir menerusi tulisan terbaru di blognya petang ini.

Pada 17 Mei lalu, Najib menjawab pengkritiknya yang mempertikaikan pembelian pesawat Airbus ACJ320 baru sebagai jet rasmi negara yang ketujuh.

Menulis di dalam blog rasminya najibrazak.com, Najib berkata jet itu dibeli bagi menggantikan jet sebelum ini yang berusia 16 tahun.

Katanya, ia turut digunakan Yang Di Pertuan Agong menyebabkan aspek keselamatan pesawat amat dititik beratkan.

Terdahulu, PKR mendakwa pesawat itu dibeli menerusi Jet Premier One, syarikat sama yang mengendalikan pesawat ACJ319 yang turut digunakan Najib.

Menurut PKR, jet baru itu dibeli secara ansuran pada harga RM28.8 juta setahun di samping kos penjagaan sebanyak RM5.5 juta setahun, tidak termasuk kos bahan api. – 19 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
Tun M Jaguh 'u-turn' - Pm Najib
Padah Sekeping Gambar Najib Pembaca Berita Rtm Mandarin Tanpa Visual Sokongan
Masih Ramai Kurang Puas Hati 13 Jawapan Najib
Dr M: Najib Tak Jawab Apa-apa Pun
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir
Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir
Siapa Beli Sukuk 1mdb, Soal Pas
Hadi: Najib Tak Perlu Undur



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 675
Jet Baru Najib Boleh Hentikan Penculikan Di Sabah, Soal Dr M
ringgit maker
95785
Forum Jump: