Jualan Di Klia2 Dijangka Lebih Rm1 Bilion

Offline
12-17-2017, 02:19 PM,
#1
[Image: ma_cropped_1513435334.jpg]


Nazli (tengah) bersama Ravintharan meraikan kanak-kanak cacat dari Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, serta barisan Kelab Star Wars yang berpakaian rostrum di KLIA.





MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) menjangkakan nilai jualan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) akan mencecah lebih RM1 bilion menjelang akhir tahun ini buat pertama kali.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB Mohammad Nazli Abdul Aziz berkata, hal ini disebabkan pelbagai faktor termasuk usaha dan kempen dijalankan pihaknya sepanjang tahun ini yang memberi kesan positif kepada kenaikan perbelanjaan penumpang.

"Pada tahun lalu, nilai jualan di KLIA melebihi RM1 bilion dan kita menjangkakan untuk tahun ini, klia2 pula mencapai angka berkenaan buat pertama kali.

 "Kira-kira 68 peratus daripada nilai ini adalah hasil jualan barangan bebas cukai manakala, satu pertiga daripada peratusan itu 'disumbangkan' oleh pelancong China," katanya kepada pemberita pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas di KLIA, Sepang hari ini.

Hadir sama, Ketua Kad, Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank B Ravintharan.

Dalam pada itu, Mohammad Nazli berkata, selain kempen dijalankan MAHB, peningkatan jualan di lapangan terbang kendalian pihaknya itu adalah usaha dijalankan kerajaan dalam menarik pelancong asing ke negara ini.

"Seperti yang diketahui, tahun ini Malaysia adalah destinasi pelancongan agak diminati terutama dari China dan ini membuktikan, usaha kerajaan termasuk melaksanakan perkhidmatan visa secara elektronik atau eVisa berjaya.

"Nilai jualan yang kita terima dari semua lapangan terbang dikendalikan MAHB berganda berbanding tahun lalu," katanya.

Berhubung majlis CSR, beliau berkata, seramai 15 kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, Petaling Jaya diraikan dalam progra itu dengan kerjasama Maybank sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas.

Possibly Related Threads...
Wall Street Dijangka Dibuka Tinggi
Peraturan Baru Airasia Di Klia2 Mulai 9 Mei 2014.
[info] Kegiatan Pelacuran Di Malaysia Dianggarkan Membawa Pulangan Rm3.2 Bilion.
Bongkar : Baca Quran Rahsia Panjang Umur Lebih 124 Tahun
Bhdunia_lelaki Lebih Terdedah Dapat Kanser
Guru Terperanjat Muridnya Lebih Pintar Dari Einstein
5 Sebab Shisha Lebih Bahaya Dari Rokok
Rencana_Kelapa hibrid jana lebih hasil
Rencana_Jangan kerja lebih lapan jam
Rencana_Staf wanita lebih teliti servis spa kereta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 19
Jualan Di Klia2 Dijangka Lebih Rm1 Bilion
Reez Ramsey
114442
Forum Jump: