Jururawat Hebat Rampas Pisau Penyamun Lalu Tikam Perutnya

Offline
09-30-2015, 09:24 PM,
#1
resim

SEMPORNA: Seorang jururawat bertindak berani apabila bergelut dengan penyamun bersenjatakan pisau rambo dan mencederakan suspek dalam kejadian samun di Jalan Kampung Keramat di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa telah menaiki kereta sapu yang dipandu seorang lelaki, selepas selesai bekerja di klinik swasta di pekan Semporna.

"Ketika dalam perjalanan, suspek telah bertukar arah dan memandu menuju ke Jalan Baru Kampung Bugaya dengan alasan ingin mengambil rakannya di kawasan berkenaan.

"Namun apabila sampai di Jalan Kampung Keramat suspek dikatakan mengeluarkan pisau rambo dan meletakkannya di paha mangsa. Ekoran itu mangsa telah bergelut dan berjaya merampas pisau berkenaan, sebelum menikam perut suspek," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa turun dari kenderaan berkenaan, sebelum melarikan diri bersama beberapa barangan milik mangsa termasuk beg tangan.

Peter berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek dan meminta mana-mana klinik yang menerima pesakit yang cedera akibat tertusuk benda tajam di perut supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di talian 089-781244. - Bernama/Metro

Possibly Related Threads...
Penyamun Tebuk Dinding, Rompak Kedai Emas Di Center Point Kemaman
Kerana Sebentuk Cincin, Abang Ugut Tikam 2 Adik
Jururawat Maut Besi Penghadang Jalan Tembus Proton Saga
Mitsubishi Hilang 12 Tahun Lalu Ditemui Di Pulau Tioman
Penyamun Hanya Guna Garpu Pecah Masuk Rumah Di Ampang
Lelaki Tikam Tentera Di Kem Kuala Nerus Dipenjara 2 Tahun
Kereta Dilekat Bom: Jururawat Liat Bayar Pinjaman Kereta Jadi Punca
Anak Tikam Ibu Sendiri Lepas Larang Basuh Tikar Getah
Rampas Shisha, Anggota Mpkb-bri Diserang Dengan Pedang Samurai
Gadis Ditahan Lepas Berjalan-jalan Dengan Pisau Pemotong



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 406
Jururawat Hebat Rampas Pisau Penyamun Lalu Tikam Perutnya
sukawg
98629
Forum Jump: