Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Port Dickson, Kes Jadi Kes Bunuh

Offline
01-22-2018, 09:52 PM,
#1
Polis siasat ikut Seksyen 302


resim
POLIS membawa mayat Juruteknik Pergigian, Mahusin Abd Rahim,28, yang ditemui sudah mati di dalam rumahnya di Tingkat 4, Rumah Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut untuk di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. -Foto Mohd Khidir Zakaria

resim
PENDUDUK terkejut kejadian menjumpai mayat Juruteknik Pergigian, Mahusin Abd Rahim,28, yang ditemui sudah mati di dalam rumahnya di Tingkat 4, Rumah Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut. - Foto Mohd Khidir Zakaria

resim
JURUTEKNIK Pergigian, Mahusin Abd Rahim,28, yang ditemui sudah mati di dalam rumahnya di Tingkat 4, Rumah Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut. - Foto Mohd Khidir Zakaria

BEDAH siasat terhadap mayat Juruteknik Pergigian yang ditemui di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson, mendapati terdapat kesan hentakan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat Mahusin Abd Rahim, 28, yang sudah membengkak dipercayai meninggal dunia lebih 72 jam itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat, doktor memaklumkan punca kematian mangsa kerana cedera parah di kepala akibat hentakan dengan benda keras.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali suspek,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Susulan laporan bedah siasat itu, katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 8.30 pagi tadi, mayat mangsa ditemui rakannya yang pergi ke rumah mangsa di tingkat empat kuarters berkenaan selepas dia tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.

Polis yang menjalankan siasatan di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang atas tilam di dalam biliknya, namun dompet dan motosikal milik mangsa hilang. - Metro

====

Assalamualaikum Ydh Dato KP NS, Dato Tim KP NS dan Tn KJSJ NS.

*Makluman awal jumpa mayat di rumah no. 67, Tingkat 4, Kuaters Klinik Kesihatan Lukut, PD*

1. Report No : Lukut Rpt. 398/18

2. Tarikh : 22/1/18

3. Masa : 0859 hrs

4. Tempat kejadian : No 067, Tingk. 4, Kuaters Klinik Kesihatan Lukut, PD.

*5. Klasifikasi*:302 KK

*6. Pengadu* : Konst.193373. Mohamad  Yussairi B Mohd Azman.

*7. Pegawai Penyiasat : Asp Zakaria Zainal*

*8. Keterangan Kes*

Pengadu seorang anggota Balai Polis Lukut, semasa sedang bertugas di kaunter aduan Bp Lukut, terima panggilan dr MA Klinik Kesihatan Lukut memaklumkan 1 lelaki tidak sedarkan diri di kuaters Klinik Kesihatan Lukut. Mangsa adalah:

Nama : Mahussin B Abd Rahim.
KP : 900610-03-6435
Umur : 28 Thn.
Kerja : Juruteknologi Pergigian U29.
Tempat Tugas: Klinik Pergigian PD.

Tempat kejadian  adalah penginapan staff pejabat kesihatan tingkat 4. Tingkat 4 mempunyai 2 lot rumah dimana mangsa tinggal seorang diri dan jiran hadapan rumah merupakan rumah bujang pelajar perubatan.

Rumah mangsa tidak berkunci manakala grill dalam keadaan terbuka. Tiada kesan geledah mahupun pergelutan.

Mayat mangsa dijumpai terbaring di atas tilam di bilik utama dengan hanya memakai seluar dalam. Terdapat 1 bantal menutup muka mangsa. Terdapat juga kesan percikan darah di bahagian dinding. 

Pemeriksaan awal forensik dapati terdapat kesan luka di bahagian telinga sebelah kanan.

Pemeriksaan lanjut mendapati dompet duit, mkal mangsa jenis Yamaha 15ZR warna kelabu hitam no. RT 4644  dan talipon bimbitnya jenis Iphone 5S tiada.

Kali terakhir mangsa keluar dengan rakannya pada jam lebih kurang 2200 18.8.18 di pekan Port Dickson.

Team forensik IPK NS di tempat kejadian telah mengambil 1 swobing darah di bahagian dinding bilik  dan satu bag sandang yang di dalam bilik tidur.

*9.  Bedah Siasat.*

Bedah siasat telah di jalankan oleh Dr Hanif B Mahmud di bilik bedah siasat Hospital Tengku Jaafar, Seremban. Kecederaan mangsa adalah pecah tulang dagu, pecah bahagian hadapan muke sebelah mata kanan dan pecah di tepi kepala sebelah kanan disyaki hentaman senjata tumpul.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Terima Kasih.

Possibly Related Threads...
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Cikgu Lupa Bawa Masuk, Budak Ditemui Mati Beku Di Luar Tadika
5 Mayat Lelaki Ditemui Dalam Sungai Muda, Kedah
Pegawai Polis China Ditemui Mati Atas Katil Di Kluang
Wanita Ditemui Mati Gantung Diri Pada Tingkap Di Sabah
Mayat Ke 5 Lemas Di Pantai Tok Bali Ditemui
Mahu Jadi Vegetarian, Kata Terakhir Mangsa Lemas Di Air Terjun Semalam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 102
Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Port Dickson, Kes Jadi Kes Bunuh
sukawg
115329
Forum Jump: