Jurutera Warga Palestin Dipenjara Bantu Reka Bentuk Roket Hamas

Offline
07-16-2015, 07:18 AM,
#1
resim
Dirar Abu Sisi didakwa mereka bentuk dan menaik taraf roket buatan sendiri milik sayap bersenjata hamas al qassam yang digunakan untuk menentang rejim zionis. Foto AFP

JERUSALEM, 15 Julai: Mahkamah di selatan Israel menjatuhi hukuman penjara 21 tahun terhadap jurutera warga palestin pada selasa kerana membantu gerakan Islam Hamas untuk meningkatkan keupayaan roket yang digunakan untuk menentang negara Yahudi.

Menurut agensi berita AFP, Dirar Abu Sisi yang hilang di Ukraine pada bulan Februari 2011 didakwa mereka bentuk dan menaik taraf roket buatan sendiri milik sayap bersenjata hamas al qassam yang digunakan untuk menentang rejim zionis.

Mahkamah di selatan bandar Bersyeba mensabitkan kesalahan terhadap Abu Sisi kerana beberapa “jenayah terhadap keselamatan negara”, kata seorang pegawai.

Roket, yang dihasilkan di bengkel haram yang sering menjadi sasaran serangan udara Israel, boleh bergerak antara 10 dan 20 kilometer (enam dan 12 batu).

Possibly Related Threads...
Hamas Dipercayai Miliki Roket Yang Lebih Kuat
6 Lelaki Palestin Dihukum Mati Kerana Belot Bersubahat Dengan Israel
Pangkalan Udara Syria Diserang Roket Dari Israel
Imam Palestin Didenda Kerana Laungkan Azan
Hamas Jangka Polisi Anti - Palestin Kekal Di Bawah Trump
Amerika Salur Dana Rm157 Bilion Setahun Untuk Serang Palestin
Google Dikecam Buang Palestin Dalam Peta
Israel Bunuh 25 Kanak-kanak Palestin Dalam Tempoh 3 Bulan
Askar Israel Didakwa Bunuh Lelaki Palestin
Palestin Bakal Guna Pasport Baru



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 534
Jurutera Warga Palestin Dipenjara Bantu Reka Bentuk Roket Hamas
sukawg
97035
Forum Jump: