Juruterbang Senyum Tidak Sensitif, Kata Keluarga Mangsa Mh370

Offline
01-19-2017, 06:28 PM,
#1


resim

PETALING JAYA: Keluarga penumpang Malaysia Airlines MH370 membidas syarikat itu kerana memuat naik gambar 2 juruterbangnya tersenyum pada hari sama pencarian untuk pesawat yang hilang 3 tahun lalu itu diumumkan tamat selepas gagal ditemui.



Iklan kontroversi itu menunjukkan juruterbang kelihatan gembira di ruang kokpit sambil mengucapkan “Selamat pagi… Semoga anda menikmati penerbangan indah di mana-mana anda berada.”

Bagaimanapun, akhbar The Australian memetik keluarga mangsa MH70 yang mengatakan ia tidak sensitif, lebih-lebih lagi pada hari sama pencarian pesawat melibatkan Malaysia, Australia dan China itu ditamatkan.

“Ini sangat memalukan … Mungkin slogan itu sepatutnya mengatakan Malaysia Airlines menjanjikan penerbangan yang hebat tapi tidak menjamin penerbangan yang selamat,” kata Peter Weeks, yang kehilangan abangnya Paul, salah seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal yang hilang bersama pesawat malang itu.

MH370 menuju Beijing dari Kuala Lumpur pada tengah malam 8 Mac, 2014, sebelum dilaporkan hilang daripada radar sejam kemudian.

Pencarian selama hampir 3 tahun bagaimanapun gagal membuahkan hasil, walaupun beberapa bangkai kapal terbang yang ditemui di pantai Madagascar disahkan milik pesawat tersebut.

Sementara itu, gambar juruterbang itu turut dikritik pakar psikologi dari Queensland, Paul Stevenson.

“Mencampur adukkan mesej komersil dan pengumuman tentang pemberhentian pencarian pesawat malang itu adalah menunjukkan ketidakprihatinan mereka terhadap keluarga penumpang,” katanya dipetik The Australian.

Kiriman Malaysia Airlines itu disiarkan beberapa jam sebelum kenyataan 3 negara yang terlibat dalam pencarian MH370.

Sementara itu, Malaysia Airlines mendakwa tidak menyedari kenyataan mengenai carian MH370 itu akan disiarkan pada hari yang sama. - FMT

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 336
Juruterbang Senyum Tidak Sensitif, Kata Keluarga Mangsa Mh370
sukawg
107386
Forum Jump: