KENALI MATAWANG DALAM FOREX

Offline
09-18-2010, 08:56 PM, (This post was last modified: 09-18-2010, 09:02 PM by Geesya.)
#1
geesya kongsi disini kekuatan dan kelemahan matawang serta pengaruhnya:-

1.AUD- sensitif terhadap harga emas kerana Australia adalah pengeluar
emas kedua terbesar didunia.

2.NU - mengikut AUD kerana ekonomi New Zealand bergantung
kepada keadaan ekonomi Australia.

3.CAD- sensitif terhadap harga minyak mentah dunia kerana Canada
adalah pengeksport minyak ke 9 terbesar di dunia
(kalau silap minta betulkan ya).

4. CHF- matawang yang selamat dan stabil ( pair yg suka meleret).

5. EUR- anti USD, Bank Pusat Eropah sangat bimbang kekukuhan
matawang USD kerana ekonomi Eropah bergantung hampir
sepenuhnya kepada eksport.

6.GBP- Mesra perdagangan..sebarang berita berkenaan dengan
perkembangan ekonomi seperti indeks, pengeluaran
yang positif akan melonjakkan nilai GBP.

7. JPY- dalam proses mengurangkan inflasi, pengimport utama
minyak dunia.



sila tambah ya mana yang kurang:heart:












Possibly Related Threads...
Apakah Belajar Trading Forex Online Sebanding Dengan Resikonya?
Hal Yang Biasanya Ada Di Dalam Orang Sukses Dan Trader Sukses
Permulaan Belajar Forex
Lima Alternatif Platform Trading Forex Populer
Ketidakpastian Dalam Forex
Mengapa Tidak Semua Orang Berhasil Di Forex
5 Tips Utk Konsisten Dalam Forex Trading
Lepas withdraw forex/investment nak buat apa?????
TIPS KEJAYAAN DALAM FOREX
Menghindari Kekalahan Dalam Trading
Offline
09-18-2010, 09:01 PM,
#2
matawang MYR....camna masta..........
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
09-18-2010, 09:03 PM,
#3
(09-18-2010, 09:01 PM)astrowan Wrote: matawang MYR....camna masta..........



nanti sya tya zeti yaaTongue
Offline
09-18-2010, 09:17 PM,
#4
bagus info ni .. tenkiyuuuuuuuuuuuuu.... yeyeahhhhh.. \m/
Offline
10-01-2010, 12:22 PM,
#5
Harap info ini dpt membantu



USD

USD dipengaruhi oleh harga emas. Jika harga USD naik, harga emas akan jatuh, dan sebaliknya.
Harga USD adalah mengikut USD Index.
USD dipengaruhi oleh market saham dan bon.
Ekonomi US bergantung kepada minyak yang diimport. Oleh itu, perubahan harga minyak akan memberi kesan kepada nilai USD.


CAD

Canada merupakan pengeluar emas yang ke-5 terbesar dan pengeluar minyak yang ke-14 terbesar di dunia. Oleh itu,perubahan harga emas dan minyak akan mempengaruhi nilai CAD.
Harga CAD adalah berkadar langsung dengan komoditi (minyak & emas). Jika harga komoditi naik, harga CAD juga akan naik dan sebaliknya.
Ekonomi Canada sangat sensitif dengan perubahan ekonomi US. Jika ekonomi US merosot, ia akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi Canada kerana syarikat-syarikat daripada US akan mengurangkan aktiviti mengimport bahan-bahan daripada Canada.


EUR

European Union (EU) terdiri daripada 15 negara iaitu Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, German, Greece, Ireland, Italy,
Luxembourg, The Netherlands, Portugal, Spain, Sweden & UK.
Semua negara menggunakan Euro sebagai matawang utama kecuali Denmark, Sweden dan UK.
Economic news yang paling penting ialah daripada negara German, France dan Italy.
Pergerakan EUR/USD adalah sangat penting untuk mengukur kekuatan/kelemahan matawang EUR dan USD.


GBP

GBP adalah berkadar langsung dengan harga tenaga. (energy)
Kebanyakan negara-negara EU mengimport minyak daripada UK.
Jika harga minyak meningkat, negara-negara EU terpaksa membeli
lebih banyak GBP dan digunakan untuk membeli minyak tersebut.
Peningkatan harga minyak akan menguntungkan dan menambahkan pendapatan UK dalam sektor eskport tenaga.
Kekuatan atau kelemahan GBP dapat dilihat dengan jelas pada
EUR/GBP. Pergerakan pada EUR/GBP mempengaruhi pergerakan
GBP/USD.


JPY


Bank of Japan (BoJ) berusaha untuk melemahkan Yen kerana jika Yen kuat dan kukuh, ia akan memberi kesan kepada sektor export Jepun disebabkan harga produk yang semakin tinggi.
Jepun sangat bergantung kepada minyak yang diimport. Harga minyak yang tinggi akan menjadi penghalang kepada produksi dan perkembangan ekonomi di Jepun kerana harga input dan bahan mentah akan semakin mahal.
Pergerakan EUR/JPY boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh USD/JPY. GBP/JPY dan AUD/JPY juga boleh memberikan kesan kepada EUR/JPY dan USD/JPY.


CHF

Switzerland ialah pemegang/penyimpan sah emas yang ke-4 terbesar di dunia.
Jika harga emas kukuh, CHF juga akan kukuh.


AUD

Australia ialah pengeluar emas yang ke-3 terbesar di dunia. Apabila harga emas naik, harga AUD juga akan naik.


NZD

NZD berkadar terus dengan AUD. Jika harga komoditi (emas) kukuh, CHF juga akan kukuh.




Offline
10-02-2010, 11:14 AM,
#6
terima kasih.. redox
Offline
10-04-2010, 12:23 AM,
#7
trima kasih
Offline
10-04-2010, 12:28 AM,
#8
ramai2 tekan thanks la.. bleh kumpul thanks :p
Offline
10-04-2010, 12:50 AM,
#9
maccih redox....
So when you lose your way
To ALLAH
you should turn
As HE promise HE will always be
there.....
Offline
10-04-2010, 02:53 AM,
#10
same gemuruh
Offline
10-04-2010, 06:39 AM,
#11
terima kasih redox eheheehehhe
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
10-04-2010, 11:01 AM,
#12
same2
Offline
03-15-2011, 10:38 AM, (This post was last modified: 03-15-2011, 10:39 AM by whateva.)
#13
salam...thanks to mista geesya for the link.. Smile
salam...thanks to mista geesya for the link.. Smile
Offline
03-13-2013, 12:11 AM,
#14
terima kasih atas perkongsian ilmu, mohon dihalalkn Smile
Offline
06-30-2014, 12:50 PM, (This post was last modified: 06-30-2014, 12:52 PM by pasfx.)
#15
pengenalan mata uang ini berhungungan dengan pemilihan pair yang cocok dan nyaman digunakan setiap saat karena tidak semuanya bisa profitable dan cocok dengan tradernya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 144 <<>> Dilihat: 14750
KENALI MATAWANG DALAM FOREX
Geesya
176
Forum Jump: