KITARAN DUIT D DUNIA INI.........

Offline
09-24-2011, 11:44 PM,
#1
Thumbs Up 
Suriani Omar, dikirim di Terengganu Forex Club 2011 ( TFC )
KITARAN DUIT D DUNIA INI......... Kita...


Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil Fiat Money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dollar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dollar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan MENJUAL BOND atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.
Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagaan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dollar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dollar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi 2 lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dollar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dollar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diper*****kan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia & IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: Kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank & Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank & kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politik.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

60 tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner & CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull & Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia (New World Order).

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller & Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi & Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ket-3 yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ke-3 ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ke-3 akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dollar yang terkumpul hari ini melebihi 17 TRILLION dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Possibly Related Threads...
Petikan Dari Laman Seorang Yang Berpengalaman Dalam Dunia Forex
Kontes Menebak Pemenang Piala Dunia 2014
broker forex BROCO shutdown habis duit depo kuang kuang kuang
wang keluar malaysia RM150 bilion (AS$47 billion) tangga ke 5 dunia
kecairan duit dunia..baca dan hayati....
Offline
09-25-2011, 12:21 AM,
#2
so kite kene kaya secepat mungkin
Offline
09-25-2011, 05:06 AM,
#3
duit kertas dicipta untuk menjaga kepentingan pemerintah asasnya Big GrinBig GrinBig GrinBig Grin
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 1944
KITARAN DUIT D DUNIA INI.........
Geesya
15064
Forum Jump: