KONSEP LEVERAGE DALAM ISLAM ..wajib baca...!!!!!

Offline
04-13-2011, 12:42 AM,
#1
Konsep leveraj yang disediakan oleh broker forex sebenarnya wujud dalam Islam. Islam
tidak pernah mengharamkan sesuatu perkhidmatan yang tiada unsur penindasan (gharar)
meskipun ianya disediakan oleh orang bukan Islam.
Leveraj forex merupakan jaminan (pertolongan)sementara yang diberikan oleh broker
forex. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara pemain forex dan broker
selagi pemain tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Pemain hanya
boleh memegang kontrak berdasarkan ekuiti mereka sahaja dan mengikut yang mereka
persetujui dengan broker mereka. Bagi akaun Islamik, broker forex tidak mengenakan
atau memberikan apa-apa faedah atas jaminan mereka. Dengan jaminan mereka kita
dapat memasuki pasaran matawang mengikut kemampuan kita.
Broker forex adalah orang tengah antara bank-bank antarabangsa (institusi) dan pedagang
kecil (retailer). Mereka membeli (qoute) dari institusi dan menjual balik (reqoute) kepada
pedagang kecil. Biasanya jualan balik adalah munasabah antara 3-10 mata sahaja. Di sini
lah mereka membuat keuntungan. Proses ini adalah dibenarkan oleh Islam. Ianya bukan
riba. (Ada yang terkeliru menyatakan jual beli adalah juga sama riba. Bersambung...
Pandangan Professor Kewangan Islam
Saudara/i,
Kalau kita mengkaji banyak pandangan dari pakar-pakar kewangan islam yang terlibat
langsung dengan kewangan islam dan pernah membentang kertas kerja di forum
kewangan islam. Majoriti bersetuju menyatakan leverage adalah harus (permissible).
Seperti kata Professor Humayon Dar, Managing Director of Dar Al Istithmar in London
(Examines the Shari'ah aspects of the emerging Islamic hedge funds)...
"...Shari'ah does not have problems with leverage as long as it is achieved through
Islamic debt. Leverage is not a Shari'ah concern, rather it is an economic issue..."
Rujuk: http://islamicfinanceandbanking.blog...mic-hedge.html
Kalau mengambil kata-kata beliau, saya mengambil contoh leverage dalam akaun islamik
northfinance; leverage yang dikenakan tidak dikenakan sebarang interest (interest-free).
Juga kalau kita overnight pun tidak ada apa-apa interest (berbanding conventional
dikenakan interest kalau overnight).
Saya rasa perlunya kita merujuk banyak pihak yg mahir dan terlibat secara langsung
dalam kewangan islam. Bukan sekadar merujuk graduan bachelor yg baru balik dari
universiti di Jordan dan kerja 2-3 tahun di institusi kewangan islam dan tukar jadi
pensyarah di uiam. Kemudian buat hukum tanpa perbincangan.
How to Use Leverage for Great Results with Forex
When you execute a Forex trade, you are purchasing an amount of currency, termed a lot.
The amount of currency in one lot depends upon the type of account you have. In a
standard account, one lot is usually equal to U.S. $100,000; in a mini account, one lot is
$10,000.
But Forex trading accounts are leveraged, which means you don''t have to own that
expensive lot of currency; you just have to control it, and if you do, any profit it earns is
yours. To obtain the right to control a lot of currency, you put up a much smaller
amount of money in a sort of rental agreement called a margin deposit. In a standard
account, to control that U.S. $100,000, you must put up $1,000 of your own money; in a
mini account, to control $10,000, you need to put up $100.
The leverage influences the amount of profit you earn, as well. In a standard account, one
pip of a currency pair that has the U.S. dollar as the base is equal to U.S. $10; in a mini
account, one pip equals to $1. This means that, should you correctly forecast the
movement of the market and execute a trade that earns you two hundred pips (not an
unrealistic goal), if you have a standard account, your profit will be $2,000; if you have a
mini account, it''s $200.
To maximize your profits in Forex trading, you don''t have to trade a standard account;
not every beginning trader can afford to. Instead, if you believe you have a good forecast
on the market, you can trade more than one lot. To continue the above example, if your
successful trade earned you two hundred pips and you had purchased five lots of that
currency, in a mini account you would have put up $500 of your own money?but earned
a profit of $1,000 (two hundred pips times five lots). In a standard account, you would
have put up $5,000?and earned $10,000.
The number of lots you can trade depends upon the margin in your account. That''s not
the amount you deposited; that also includes any open trades you have running, taking
into account any profits or losses you may incur...
Siri 2: hadith dhaif sebagai hujah pengharaman
Maaf kerana saya senggang terlalu lama. Buat waktu ini, saya hanya berkempatan untuk
mengongsi pengetahuan tentang satu lagi hadith yang terputus sanad (dhaif)yg dijadikan
hujah pengharaman, iaitu:
"Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu." (Riwayat Abu Daud,
No 3504 3/283)
Rujuk Konsep Leveraj Haram; Metro Ahad 3 Februari 2008.
Adalah terjemahan langsung satu hadith yang masyhur
"la tabi' ma laysa 'indak"
كدنع سيل ام عبت ال
Beberapa isu telah dibangkit berkenaan hadith ini. Salah satunya tentang percanggahan
rantaian sanadnya. Al Bukhari dan Muslim tidak pernah merekodkan dalam koleksi
mereka walaupun yang lain antaranya Abū Dawūd and al Tirmidhi, ada merekodkannya.
Percanggahannya adalah seperi berikut:
1. Abū Dawūd, Ahmad ibn Hanbal, and Ibn Hibban menyatakan ianya diriwayatkan oleh
Ja'far ibn Abi Wahshiyah, dari Yūsuf ibn Mahak, dari Hakim ibn Hizam, manakala yang
keempatnya, ianya [Abd Allah ibn 'Ismah, manakala koleksi yang lain menyatakan antara
Yūsuf and Hakim. Dalam al Mizan, al Dhahabi menyatakan nama pertengahan langsung
tidak diketahui (la yu'araf).
2. Berkenaan periwayat utama Hadith ini, Hakim ibn Hizam, dikatakan “obscure”
(majhuūl al hal). Hanya Ibn Hibban memasukkan beliau antara periwayat yang boleh
dipercayai (reliable / al thiqqat). Sementara al Nasa’’i telah merakamkan cuma satu
Hadith yang diriwayatkan oleh beliau, Yang lain menyatakan beliau adalah “obscure”.
Rujukan:
Commodity futures: An Islamic legal analysis
Mohammad Hashim Kamali
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammad_Hashim_Kamali
--------------------------------------------------------(*
Perkataan: Majhul al-Hal (dinamakan juga al-Mastur)
Definisi: Perawi yang diriwayatkan daripadanya oleh dua orang atau lebih tetapi tidak
ditawsiqkan.
Hukum periwayatannya: tidak diterima mengikut pendapat yang sahih di sisi majoriti
ulama.
Adakah hadisnya itu mempunyai nama khusus?
Hadisnya itu tidak mempunyai nama khusus tetapi diletakkan di bawah hadis dha`if.
Rujukan:
http://www.darulkautsar.com/penghadi...bahasan_Kedua:
---------------------------------------------------------------(*
Nota: Saya tidak pernah memandang rendah pada hadith dhaif. Cuma menyatakan
bahawa hadith dhaif tidak boleh dijadikan hukum dalam soal halal dan haram.
The effects of using weak Hadeeth:
http://www.islamweb.net/ver2/archive...ng=E&id=139248
Wallahu 'alam.
Pandangan:
1) Margin trading or buying
Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari
broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku,
hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi. Selain itu
ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan
menanggung kerugian berganda.
Sumber:
http://www.zaharuddin.net/index.php?...66&Item id=72
2) Hukum Leverage :
...Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini
adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda.
Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan
apa yang disebut oleh Nabi s.a.w.
Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu
Daud, no 3504, 3/283)...
Sumber: http://www.zaharuddin.net/index.php?...49&Item id=72
3) Common stocks are a legitimate form of investment in Islam, but many of the practices
associated with stock trading are not halal (permitted). Short selling and margin trading,
for instance, are severely restricted. The prohibition of borrowing to invest (margin
trading) is based on the prohibition of riba, whilst short selling involves huge risk with
almost no upper limit. Moreover, from the Shari’ah point of view: “you cannot sell what
you do not posses”.
Source: http://www.failaka.com/downloads/For...SocialResp.pdf
Pandangan saya:
Bukankah leveraj dan margin trading saling berkait. Ibarat kuku dengan isi. Kalau ikut
pemahaman saya, pandangan #1 & #3 mengatakan: margin trading saham gunapakai
pinjaman ada riba sahaja HARAM. Kalau tiada riba, jadi HALAL. Secara amnya margin
trading (leverage) HALAL tanpa ada riba. Sebenarnya dalam akaun Islamik forex,
margin tradingnya LANGSUNG tidak kena / guna riba.
Fakta #1: In forex, margin is the minimum required balance to place a trade. When you
open a forex trading account, the money you deposit acts as collateral for your trades.
This deposit, called margin, is typically 1% of the value of the position.
* For example, if you want to purchase $100,000 of USD/JPY at 100:1 leverage, the
money required is 1%, or $1000. The other $99,000 is collateralized with your remaining
account balance. ***You pay no interest.***
Malah broker forex telah dulu merealisasikan prinsip-prinsip Qard Al Hassan (beautiful
loan) berbanding bank yang berjenama perbankan Islam tidak kira di Malaysia atau luar
negara. Kalau ada pun, ianya agak terbatas ruang lingkupnya seperti:
Fakta #2 "The aid is also aimed at promoting a healthy Islamic social structure by
facilitating social needs like marriage, education and situations beyond the control of the
applicant like prolonged delay in salaries or wages. Rujuk:
http://www.dib.ae/en/communityservice_qurad.htm
Insya Allah. Saya akan huraikan tentang Qard Al Hassan pada kesempatan lain.
Berkenaan risiko pula, andai pasaran tidak menyebelahi kita, kita masih ada stop loss
sebagai penyelamat. Andai kita tidak menggunakan stop loss pun, Broker forex
mengamalkan Fakta #3: ***No Debit Balances*** Your risk is only limited to funds on
deposit. Because there are no margin calls in forex trading, for your protection the broker
will automatically close out all of your open positions if your account equity falls below
the required margin level. Think of this as a final, automatic stop.
In fact, you'll never lose more money than you have in your account!
Info: On a daily basis, the volatility of the major currencies is ***less than 1%***. This
is much ***lower than*** an active ***stock***, which can easily have a 5-10% move
in a single day. (Konklusi: perdagangan saham lebih berisiko berbanding perdagangan
matawang!)
Jelas di sini, bahawa yang dikatakan "kerugian berganda" / "huge risk with almost no
upper limit" sebenarnya hampir tidak wujud dalam perdagangan matawang.
Pedagang perlu memahami peri pentingnya stop loss dan belajar Forex Money
Management. Bukan berdagang secara khinzir buta. Ini bertepatan dengan firman Allah
mafhumnya "jangan engkau campakkan dirimu ke dalam jurang kebinasaan".
Forex Money Management:
http://www.forex-money-management.com/stop_loss/02/
Berkenaan hadith “you cannot sell what you do not posses”, saya berpendirian seperti
yang dikomentarkan Professor Dr Mohammad Hashim Kamali. Pada pandangan awal
saya dengan adanya deposit (collateral - rujuk Fakta #1) itu sudah merupakan sebahagian
dari pemilikan wang tersebut walaupun belum dilaksanakan Qard Al Hassan lagi. Jadi
pedagang sebenarnya menjual apa yang dia miliki. Selain itu, saya akan cuba bawakan
iktilaf ulama dalam menafsir hadith ini. Ini membenarkan hadith shahih yang lain,
"perbezaan di kalangan umatku adalah rahmat'".
Fatwa tentang forex:
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/S...Option=FatwaId
Bersambung...
We will attempt to uncover all the questions you may have about islamic forex trading.
Islamic forex trading accounts are known as swap free forex trading accounts. Most
brokers offer their clients the possibility of maintaining an Islamic Forex Trading
Account, or a swap free account, which means that no swaps will be accounted to
positions overnight.
Some forex brokers provide Islamic Forex trading accounts as a way to cater for those
customers of theirs who have the belief that swaps are against their religious convictions.
It is often the case that brokers charge a flat fee rate for providing the service of Islamic
Forex Trading Accounts. Although they usually reserve the right to stop an Islamic forex
trading account (or swap free forex trading account) if the customer is abusing such
service.
These are the most interesting links we could find about this topic
Dr Mohammed Obaidullah
Dr Mohammed Obaidullah discusses issues around islamic forex trading and religious
beliefs
http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/islamforex.htm
GCI Trading
GCI Trading mentions islamic forex trading issues
http://www.gcitrading.com/shariah.htm
List of Swap Free (Muslim friendly) Forex Brokers
http://www.earnforex.com/muslim_forex_brokers.php
Wallahu'alam.
kengkawan semua,
janganlah susah-susahkan hati pasal forex ini halal ke haram. ianya harus. yg uzar
komenkan adalah pasal leverage. leverage dlm forex menepati hukum syarak. xde riba.
kena yakinkan diri yg ianya menepati hukum syarak. tanpa keyakinan boleh jatuh
syubhah pula. yg penting pakai islamic account [swap free account]. kan byk broker yg
tawarkan islamic account. was-was itu adalah bisikan syaitan. sedangkan hukum dagang
forex dan penggunaan leveraj adalah harus [halal]. yakinkan diri baru hati jadi
tenang...kerja jadi senang. saya mungkin newbies di sini. Tapi saya telah mengkaji pasal
hukum forex ini sejak 2005. banyak ebook forex yg saya baca dan kumpul juga dlm
tempoh 3 tahun menyertai forum spt forex-tsd, forexfactory dsb, semata-mata untuk
mengetahui apa sebenar forex dan dari sudut hukum dan cara perlaksanaannya agar ianya
bertepatan dgn muamalah dan jadi ibadat. wallahu 'alam.
Waalaikumussalam
Thu, 01/31/2008 - 03:50 — ibnu_mohamed
Waalaikumussalam w.b.t..
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Seeraj atas pertanyaan yang diajukan
dan sokongan kepada ruangan forum ini. Memang semalam ada persoalan tentang
leverage. Oleh kerana soalan tersebut telah menyebut nama seseorang, pihak
pengurusan telah membuang soalan tersebut supaya perbincangan kita lebih telus
dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Akhlak dan kesatuan adalah penting
dalam Islam dan bukan perpecahan serta pergaduhan yang dianjurkan. Terima
kasih atas keperihatinan saudara itu.
Diruangan yang terhad ini saya tidak bercadang untuk menterjemahkan definisi
LEVERAGE mengikut istilah perniagaan yang memeningkan kepala kerana ianya
berbeza mengikut penggunaan di dalam sesuatu urusniaga. LEVERAGE yang
berlaku dalam perdagangan FOREX adalah "how to earn more with less"
sebagaimana berikut :-
Sebagai contoh : kita mengambil urusniaga matawang asing yang melibatkan
matawang GBP/USD. Sekiranya kita membuka akaun USD1,000 dan kita ingin
membeli/menjual 1 lot GBP/USD, sepatutnya pihak platform akan memotong
USD100 dari akaun kita sebagai modal pusingan. Tetapi sekiranya leverage,
platform hanya akan memotong USD50 untuk modal pusingan 1 lot tersebut. Ini
merupakan kemudahan dan diskaun yang diberikan oleh pihak platform untuk
meringankan modal pusingan kepada pedagang yang mempunyai akaun mini
sahaja. Inilah yang dikatakan leverage dan keistimewaan ini hanya diberikan
kepada pedagang yang mempunyai akaun mini sahaja. Akaun mini ialah jumlah
akaun yang kurang dari USD50,000. Tetapi sekiranya akaun tersebut melebihi
USD50,000 ke atas, keistimewaan ini tidak diberikan kepada pedagang (trader).
Yang paling penting didalam perdagangan forex ini ialah setiap urusniaga yang
dibenarkan serta kerugian maksimum yang akan ditanggung oleh pedagang tidak
akan melebihi dari jumlah modal pusingan yang terdapat di dalam akaun mereka.
Sebagai contoh, sekiranya anda membuka akaun yang bernilai USD1,000 anda
tidak akan menanggung sebarang kerugian melebihi modal tersebut iaitu USD1,000
walau apapun leverage yang anda perolehi dari pihak platform dan kerugian anda
sama sekali tidak akan berganda dari keseluruhan modal yang anda laburkan.
Dengan ini leverage tidak menjadi halangan mengikut hukum syara' dalam
perlaksanaannya kerana ianya merupakan diskaun atau keistimewaan yang
diberikan kepada pedagang. Ini hanyalah kemudahan yang diberikan oleh pihak
platform dengan harga yan lebih rendah kepada pedagang yang mempunyai modal
yang kecil (mini akaun) iaitu akaun yang yang modalnya kurang dari USD50,000.
Saya berharap penerangan saya yang ringkas ini dapat merungkaikan segala
kekeliruan dan pemahaman yang silap tentang leverage yang timbul dewasa ini dan
juga menjawab kepada persoalan hukum tentang leverage itu sendiri. Di dalam
Islam "La ibrata bil musammayaat walakinna ibrata bil ma'aani" (Pengajaran
(hukum) bukan diambil dari segi istilah sesuatu perkara bahkan pengajaran
(hukum) diambil dari cara perlaksanaannya).
Sekian. Wassalam.
Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed
Penasihat Syar'ie/Shar'ie Advisor
KODANA Berhad.

Possibly Related Threads...
Petikan Dari Laman Seorang Yang Berpengalaman Dalam Dunia Forex
Haram Main Forex Dalam Talian, Kata Mufti Perlis
sikap setiap manusia dalam forex!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
koleksi perumpamaan dalam forex.........mai tempek
RM buat pertama kali dalam tempoh lebih 13 tahun diniagakan di bawah paras RM3
kecairan duit dunia..baca dan hayati....
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
04-13-2011, 12:56 AM,
#2
konsep leverage ni nak menurun harga 1 lot .. orang berwang saja mampu nak beli 1 lot usd 100,000, so, broker meletakkan leverage untuk memberi kemampuan macam kita yang modal seciput ni untuk memorek.

memorek tidak menjadi judi sekiranya kita mempelajari teknik2 untuk memorek. ada teknik boo gail, (bogel aku panggey), guna indikator seperti sidus dan indi 9, dan juga indikator yg sedia ada dalam mt4 seperti macd, rsi, stoch dan sebagainya. ada yang malas menggunakan indikator tetapi menggunakan teknik programming seperti penggunaan EA (orang panggil robot),..

tetapi jika memorek secara membuta-tuli tanpa mempelajari teknik-teknik yang betul maka itu dikatakan memperjudikan nasib, itu salah baik tak payah nak memorek, bawa duit pergi genting lagi baik atau masuk kedai toto, 4d dan sebagainya.



Offline
06-16-2015, 11:35 AM,
#3
Konsep dasar forex memang ada leverage dan leverage adalah daya ungkit yang membantu trader untuk meningkatkan margin dan sekarang saya menggunakan leverage 1:500 di octafx. dengan leverage seginipun kalau kita maksimalkan dengan baik tentu akan sangat membantu apalagi ada tambahan bonus deposit sebesar 50%
Offline
06-20-2015, 10:23 PM,
#4
Segalanya2 adalah ilmu, kalau kita trade tanpa ilmu dengan berpandukan nasib tu yang boleh jadikan Forex trading ni haram.

Memang kita sebgai trader perlukan Leverage untuk bantu kita dengan modal yg kecil.
Offline
06-11-2017, 07:56 PM,
#5
(06-20-2015, 10:23 PM)ArianTechTrade Wrote: Segalanya2 adalah ilmu,  kalau kita trade tanpa ilmu dengan berpandukan nasib tu yang boleh jadikan Forex trading ni haram.

Memang kita sebgai trader perlukan Leverage untuk bantu kita dengan modal yg kecil.
dari forex saya dapat banyak faedah terutama
ilmu dan pengalaman. saya tak rase forex tu garam karena saya tak buat rugi orang lain pun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 4 <<>> Dilihat: 8871
KONSEP LEVERAGE DALAM ISLAM ..wajib baca...!!!!!
astrowan
2482
Forum Jump: