Kabinet Israel Luluskan Untuk Tembak Pembaling Batu Guna Peluru Hidup

Offline
09-26-2015, 08:22 AM,
#1
resim
KABINET Israel meluluskan penggunaan peluru hidup ke atas mana-mana individu yang membaling batu ke arah pasukan polis atau awam. AGENSI

JERUSALEM 25 Sept. – Kabinet Israel hari meluluskan penggunaan peluru hidup ke atas mana-mana individu yang didapati membaling batu.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melalui satu kenyataan di sini berkata, pelaksanaan undang-undang itu adalah atas alasan nyawa orang ketiga terancam dengan perlakuan tersebut.

“Jawatankuasa Kabinet mengenai keselamatan sebulat suara memberi kuasa kepada polis untuk menggunakan peluru hidup ke atas mana-mana individu Palestin yang membaling batu.

“Baling batu dan melempar bom tangan sebenarnya bukan sahaja membahayakan polis tetapi juga orang awam, kami terpaksa mengambil tindakan lebih tegas,” kata kenyataan tersebut.

Netanyahu secara terbuka telah mengisytiharkan ‘perang’ pada 16 September lalu, selepas seorang wanita warga Israel terbunuh akibat terkenan batu dan bom yang dilemparkan oleh sekumpulan penduduk Palestin dalam insiden, baru-baru ini.

Jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat, baru-baru ini membuat keputusan drastik itu selepas penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk perasaan membaling batu dan bom tangan ke arah polis.

Dalam tunjuk perasaan itu, polis Israel menahan 13 penduduk Palestin termasuk sembilan kanak-kanak.

Kabinet Israel turut mengambil keputusan untuk mengenakan denda lebih tinggi ke atas remaja bawah umur dan hukuman penjara sehingga empat tahun bagi mereka yang didapati bersalah melempar batu ke arah pasukan keselamatan dan orang awam.

Sementara itu, seorang penduduk Palestin yang cedera parah akibat ditembak tentera Israel minggu lepas, meninggal dunia di hospital Tebing Barat, semalam. – AFP/Utusan

Possibly Related Threads...
Israel Lulus Batal Hak Penduduk Palestin
Lelaki Palestin Mati Ditembak Keluarga Sendiri Lepas Belot Bantu Israel
Baitulmaqdis: Korban Serangan Israel Meningkat 13 Orang
Gadis Palestin Tampar Tentera Israel Didakwa
Mcdonalds Malaysia Nafi Salur Dana Bantu Israel
Angka Maut Bertempur Tentera Israel Dilapor Meningkat 4 Orang
Serangan Udara Israel Bunuh 3 Penduduk Palestin
Iron Dome Israel Pintas Roket Dari Gaza
Keputusan Trump Iktiraf Ibu Kota Israel Cetus Kemarahan Palestin
Trump Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Kota Israel, Arah Kedutaan Pindah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 607
Kabinet Israel Luluskan Untuk Tembak Pembaling Batu Guna Peluru Hidup
sukawg
98520
Forum Jump: