Kad Pengenalan Khas Untuk Pelarian Syria - Zahid

Offline
10-02-2015, 02:33 PM,
#1
Kad pengenalan khas untuk pelarian Syria - TPM


resim
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Asyraf Hamzah 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyediakan kad pengenalan khas, penempatan serta peluang pendidikan kepada 3,000 pelarian Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, peluang pekerjaan sementara juga akan disediakan kepada kumpulan berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di New York bahawa Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian. 

Perdana Menteri berkata, negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah. 

"Sebab itu Malaysia selama ini telah mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. 

Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Khamis. - BH

Possibly Related Threads...
Model Jelita Lapor Polis Lepas Datuk Bandar Mungkir Janji Untuk Mengahwininya
Sanggup Bayar Rm400 Untuk Sebiji Durian Musang King
Curi Baju Untuk Pergi Temuduga, Polis Beri Peluang Kedua
2 Lelaki India Berkahwin Untuk Pujuk Dewa Turunkan Hujan
Budak Lari Rumah 24 Hari Makan Ular Panggang Untuk Hidup
Kes Menantu Zahid Hamidi: Dibius Lebih 8 Kali
Hummer H2 Rm1 Juta Bukan Untuk Majlis Perkahwinan Tunku Aminah
Pasukan Tindakan Khas Jpj Digantung Serta-merta, Kata Sumber
Viral Beli Air Kena Caj 30 Sen Untuk Ikat Tepi
Wanita Islam Terbit Buku Panduan Seks Untuk Muslimah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 419
Kad Pengenalan Khas Untuk Pelarian Syria - Zahid
sukawg
98662
Forum Jump: