Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)

Offline
11-21-2016, 11:46 AM,
#1
resim
Kamera telefon pintar iPhone bakal dilengkapi teknologi AR.

NEW YORK 20 Nov. – Apple yang selama ini agak ketinggalan dalam teknologi realiti maya (VR) dalam gajetnya kini merancang untuk membangunkan teknologi augementasi realiti (AR) ke dalam aplikasi kamera iPhone.

Menurut satu sumber kepada Business Insider, usaha terbabit yang melibatkan pasukan daripada beberapa syarikat permulaan yang telah diambil alih menunjukkan pelan tempoh terdekat Apple untuk memberikan teknologi AR kepada pelanggan walaupun mereka sedang membangunkan cermin mata istimewa yang akan menukar cara pengguna melihat sekeliling mereka.

Apple dilaporkan sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat permulaan serta beberapa pasukan daripada syarikat AR/VR iaitu Metaio dan Flyby Media yang telah diambil alih pada 2015 dan tahun ini.

Ciri-ciri spesifikasinya mungkin melibatkan kamera telefon dapat mengenal pasti objek apabila ia ditunjukkan objek tersebut. Ciri-ciri tersebut agak sama dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat permulaan AR, Blippar.

Satu lagi ciri yang mungkin ditawarkan adalah pengenalan muka dan manipulasi, ciri-ciri yang sama boleh dilihat hari ini di Snapchat dan syarikat yang diambil alih oleh Facebook, Masquerade.

Apabila ciri-ciri tersebut dibina ke dalam kamera iPhone, Apple merancang untuk melepaskan kit pembangunan perisian (SDK) supaya pemaju pihak ketiga dapat memanfaatkan teknologi dan mewujudkan aplikasi AR mereka sendiri.

AR adalah teknologi yang ‘hangat’ ketika ini di mana objek digital melapisi atau superimposed ke dunia sebenar. Pandangan jalan bandar misalnya boleh diperkayakan dengan peta arah, kupon untuk kedai berhampiran atau watak animasi dalam permainan video. – AGENSI/Utusan

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Samsung Perkenalkan Ciri-ciri Terbaharu Untuk Galaxy S7 Edge.
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 355
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
sukawg
105947
Forum Jump: