Kapal Persiaran Patah Balik Gara-gara Penumpang Bergaduh Kerana Tandas

Offline
02-13-2018, 07:55 AM,
#1
resim
Suspek wanita dikawal polis.

PERTENGKARAN antara penumpang ketika beratur untuk menggunakan tandas menyebabkan sebuah kapal persiaran terpaksa berpatah balik dalam kejadian di Sydney, Australia.

Berikutan kejadian itu, seorang wanita Russia turut didakwa di mahkamah kerana menyerang seorang lelaki dengan botol wain kosong.

Kejadian dikatakan berlaku pagi semalam apabila pertengkaran berpunca daripada beberapa penumpang lelaki ketika beratur berhampiran tandas berkenaan.

“Ketika pergaduhan berlaku, wanita berusia 37 tahun yang juga pasangan kepada salah seorang lelaki didakwa menyerang lelaki berusia 21 tahun di kepala dengan botol wain hingga luka.

“Pengawal keselamatan kemudiannya meleraikan pertengkaran dan mereka ditahan selepas itu,” kata polis New South Wales.

Kapal persiaran yang sepatutnya berlayar selama tiga hari di perairan Australia, berpatah balik ke Sydney sebelum enam lelaki dan wanita terbabit diserahkan kepada pihak polis.

Namun, semua lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dibebaskan selepas disoal siasat polis manakala wanita itu didakwa kerana menyebabkan kecederaan.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan bakal dihadapkan di mahkamah Sydney pada 9 Mac depan. - Metro

Possibly Related Threads...
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Pemuda Rentung Dibakar Penduduk Kampung Kerana Curi Kambing
Idam Sepupu, Pemuda Tikam Pakcik Sendiri Kerana Tolak Pinangan
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Pemuda Ambil Pil Kuda Kerana Ada Masalah Cinta
Tak Sempat Lari, Lelaki Patah Kedua Kaki Dihempap Pokok Yang Ditebang
Isteri Dicekik Suami Hingga Sesak Nafas Kerana Lambat Buka Pintu
Isteri Teruk Dibelasah Suami Hanya Kerana Keluar Bersama Adik Beradik
Kerana Potong Barisan, Lelaki Mati Dibunuh Di Sabah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Kapal Persiaran Patah Balik Gara-gara Penumpang Bergaduh Kerana Tandas
sukawg
115827
Forum Jump: