Kapal Selam Jerman Era Perang Dunia Pertama Ditemui Dengan 23 Mayat Di Dalam

Offline
09-21-2017, 07:30 AM,
#1
resim
GAMBAR fail menunjukkan kapal selam UB-11 yang digunakan ketika era Perang Dunia Pertama di Jerman. BBC

BERLIN 20 Sept. – Rangka kapal selam Jerman yang karam ketika Perang Dunia Pertama dilaporkan telah dijumpai di Laut Utara dengan 23 mayat dipercayai masih berada dalam kapal berkenaan.

Difahamkan, rangka kapal selam jenis UB-11 itu masih berada dalam keadaan baik walaupun tenggelam pada kedalaman kira-kira 30 meter di dasar laut berhampiran kawasan pantai Belgium.

Penemuan itu kemudian disahkan Gabenor West Flanders, Carl Decaluwe seperti dilaporkan portal BBC.

Semalam, Decaluwe memaklumkan kepada wartawan bahawa lokasi kapal selam itu terpaksa dirahsiakan bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri rangka kapal tersebut.

Pada masa yang sama, katanya, larangan tersebut dibuat bagi mengelakkan rangka kapal selam berkenaan daripada ‘dirampas’ atau dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan tidak rasmi daripada media Flemish di Belgium, rangka kapal selam itu dipercayai ditemukan berhampiran jeti Ostende di West Flanders.

Dalam pada itu, sebelas buah kapal selam Jerman ketika era Perang Dunia Pertama telah dijumpai di kawasan perairan Belgium setakat ini, namun tidak ada yang seutuh penemuan terbaharu itu.

Kapal selam UB-II telah dibina antara tahun 1915 hingga 1916 dan mampu menyelam hingga kedalaman sekitar 50 meter ke dasar laut. - Utusan


resim
WWI German submarine found off Belgian coast with 23 bodies inside

resim
The UB II-type dive boat is 88-feet long

resim
An intact German First World War submarine containing the bodies of 23 people has been found

Possibly Related Threads...
Kubu Bawah Tanah Ditemui Dekat Airport Sultan Azlan Shah
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
Saintis Temui Benua Tersembunyi Di Dalam Lautan Pasifik
Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sebelum Mati Minta Buku Seks Dimasukkan Dalam Keranda
'Keranda' Hitam Didakwa Milik Makhluk Asing Dalam Piramid
Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui
Negara Yang Menggembirakan Mungkin Juga Negara Yang Tercantik Di Dunia
12 Lukisan Pesawat Klasik Zaman Peang Dunia Ke2 Oleh Romain Hugault
Kapal Selam Risikan Surcouf Milik Tentera Laut Perancis Aneh Dan Unik
Foto Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui Didedahkan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 82
Kapal Selam Jerman Era Perang Dunia Pertama Ditemui Dengan 23 Mayat Di Dalam
sukawg
112628
Forum Jump: