Karya Penulis Fahaman Syiah Diharam Serta-merta

Offline
08-01-2013, 07:08 AM,
#1
Karya penulis fahaman Syiah diharam serta-merta







KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menarik balik dan mengharamkan serta-merta bahan bercetak seperti buku atau novel yang terbukti karya penulis berfahaman syiah, cadang seorang anggota Dewan Negara.

   

Senator Datuk Noriah Mahat berkata KDN juga perlu mengambil tindakan keras terhadap individu terbabit agar hasil tulisan mereka tidak terus berada di pasaran kerana bimbang akan merosakkan pemahaman masyarakat Islam khususnya.

   

"Jika tidak dikawal, saya khuatir golongan muda akan terpengaruh dengan hasil tulisan mereka yang berfahaman syiah kerana golongan muda kita lihat mudah terpengaruh akibat rasa ingin tahu.

   

"Karya seperti ini perlu disekat dan diharamkan demi menjaga kefahaman umat Islam agar tidak terus longgar sehingga meringankan ibadat, Rukun Islam dan sebagainya," katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 pada persidangan Dewan Negara hari ini.

   

Beliau juga menyokong segala usaha KDN dalam memerangi kegiatan syiah di negara ini kerana kerajaan sebelum ini telahpun mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Noriah berkata tindakan itu tepat pada masanya memandangkan pengaruh syiah semakin berkembang dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

   

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah depoh tahanan bagi menampung pertambahan pendatang tanpa izin (PATI) yang ditangkap sebelum dihantar ke negara asal mereka.

   

"Memandangkan jumlah PATI yang ada sekarang mencecah angka 1.3 juta (setakat Ogos 2012), sudah pasti gerakan menangkap PATI ini memerlukan pertambahan depoh tahanan untuk mengelak kesesakan," katanya.

   

Selain itu, katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu PATI kerana golongan berkenaan menimbulkan pelbagai masalah sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara. - Bernama





http://www.sinarharian.com.my/semasa/karya-penulis-fahaman-syiah-diharam-serta-merta-1.188839?localLinksEnabled=false


Possibly Related Threads...
Mendedahkan Video Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang
10 Soalan Bukti Orang Syiah Sesat Ketika Diajak Berdebat
Kelantan Tiada Angka Rasmi Pengikut Syiah
Penerangan Tentang Bahaya Syiah
Mutakhirbh_pahang Akan Wartakan Fatwa Pengharaman Syiah: Tengku Abdullah
Mutakhirbh_jakim Pantau Pergerakan Syiah Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri
Individu Amal Syiah Ditolak Tak Kira Parti
Ustaz Kazim: Syiah Perlu Dibendung
Syiah: Kerajaan Negeri Kelantan Selari Keputusan
Pengikut Syiah Terima Keputusan Kerajaan Negeri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 861
Karya Penulis Fahaman Syiah Diharam Serta-merta
mamakpaper
76388
Forum Jump: