Kasut Adidas: Lelaki Didakwa Hari Ini, Tak Mengaku Tumbuk

Offline
11-23-2017, 02:56 PM,
#1
Lelaki didakwa, tak mengaku tumbuk


resim
Mohammad Fikry didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap seorang pembantu pemasaran di Butik Adidas, KLCC. FOTO Aziah Azmee

resim
resim

LELAKI yang videonya tular di media sosial kerana berebut giliran ketika membeli kasut berjenama edisi khas di sebuah pusat beli-belah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pembantu pemasaran, dua minggu lalu.

Mohammad Fikry Mamot, 29, seorang penganggur bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Faiz Hariz Nurhuda, 22, di hadapan butik Adidas KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 6 pagi, 11 November lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jaminan rendah atas alasan dia mempunyai tiga anak.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pada 14 November lalu, media melaporkan kejadian yang menjadi tular di media sosial itu bermula apabila mangsa menegur suspek yang memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut bernilai RM1,150 di Suria KLCC. - Metro






Possibly Related Threads...
Tulang Kaki Hancur, Lelaki Lebih Rela Terkulai Daripada Dipotong
Tragedi Rak Kasut, 2 Dijemput Ilahi.
Didakwa Bunuh Lelaki Curi Motor
Pakar Bedah Didakwa Kerana Ukir Nama Sendiri Pada Hati Pesakit
Lelaki Dipenjara Setahun Kerana Pijak Potret Genghis Khan
Demi Sesuap Nasi, Lelaki Berenang Di Laut Untuk Jual Aiskrim
Pengasas Skim Pelaburan Mecca Fund Global Didakwa 26 Tuduhan
Lelaki Mengaku Salah Cuba Ambil Alih Pesawat Mas Mh128 Padai Mei Lalu
Lelaki Bunuh Ibu, Datuk Demi Bolot Harta Pusaka Rm118 Juta
Lelaki Miliki Leher Besar Selamat Jalani Pembedahan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 68
Kasut Adidas: Lelaki Didakwa Hari Ini, Tak Mengaku Tumbuk
sukawg
113853
Forum Jump: