Kebaikan Pemuda Membantu Seorang Pak Cik Gelandangan Atau ‘homeless’

Offline
06-09-2014, 08:53 AM,
#1
resim











Memang tersentuh selepas anda habis menonton video ini.

Memang tidak dapat dinafikan bilangan gelandangan atau ‘homeless’ semakin meningkat lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur.

Kebiasaannya kelibat mereka boleh dijumpai di tepi-tepi jalan dan ada yang selamba berbaring di situ seolah-olah tiada siapa yang melihat mereka.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu cepat menghakimi kenapa mereka mengambil jalan sebegitu untuk meneruskan kehidupan. Mungkin mereka ada alasan dan sebab tersendiri apabila memilih jalan hidup sebegini.

Untuk mendekati mereka, apa kata anda cuba terapkan amalan mulia yang ditunjukkan pemuda dalam video ini yang membantu seorang gelandangan, pak cik bernama Malik Balan Achugan yang ditemuinya.

Pak cik Malik dibawa membeli pakaian baru, memotong rambut di barber shop, membeli krim untuk penyakitnya, dibawa bermain boling dan makan makanan berkhasiat.

Ternyata dengan pertolongan ini memberikan makna dan nilai yang sangat besar buat pak cik Malik yang dilhat sangat terharu dengan sikap prihatin pemuda ini dan rakan terhadap gelandangan sepertinya.








Possibly Related Threads...
Kisah Seorang Ayah Dan Bayi 3 Bulan.
Perompak Atau Pegawai Bank Yang Bijak ??
Luahan Seorang Lelaki Yang Positif Hiv
Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya
Kisah Syaitan Membantu Pemuda Ke Masjid
[mesti Baca] Seorang Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah
Kasihnya Seorang Ibu...
kisah sedih.........................renungan bersama utk kita sebagai seorang anak!!!



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 848
Kebaikan Pemuda Membantu Seorang Pak Cik Gelandangan Atau ‘homeless’
Reez Ramsey
86081
Forum Jump: