Kecoh Mayat Hidop Semula Di Sungai Besar Pasar Awam

Offline
03-19-2018, 05:40 PM,
#1
Suasana Pasar Awam Sungai Besar di sini, kecoh seketika apabila orang ramai menemui 'mayat' seorang lelaki terdampar di tepi parit berdekatan, semalam.

resim

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila 'mayat' lelaki berusia lingkungan 40-an itu bangun meninggalkan lokasi seperti tiada apa yang berlaku.

Difahamkan, lelaki dalam kejadian terbabit yang kini sudah viral di media sosial itu, berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai tertidur selepas terjatuh ketika cuba mengambil air dari parit berkenaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan, berkata sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.30 petang.

"Setibanya di lokasi itu, kita mendapati lelaki berkenaan, yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, terdampar di tepi parit berdekatan pasar berkenaan dan anggota kita kemudian bertindak turun menyeberangi parit itu untuk menyelamatkan mangsa.

"Bagaimanapun, dia tiba-tiba sedar dan bangun lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Possibly Related Threads...
Tertembak Rakan Di Perak, 3 Lelaki Tergamak Cabut Tinggalkan Mayat Dalam Hutan
7 Pemancing Hilang Dikhuatiri Lemas Di Sungai Buloh
5 Mayat Lelaki Ditemui Dalam Sungai Muda, Kedah
Mayat Ke 5 Lemas Di Pantai Tok Bali Ditemui
Serah Mayat Ke Balai, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Kekasih Hari Ini
Honda Ex5 Hilang 7 Tahun Lepas Ditemui Semula
Mayat Pemandu Lori Dikeluarkan Hanya Selepas 8 Jam Terperangkap
Pemilik Lega Kereta Audi Dilarikan Penyamun Ditemui Semula
Pemandu Mercedes Seret Mayat Gadis 500 Meter Di Kajang
Suspek Serah Diri Dengan Mayat Kekasih Ambil Cuti Sakit Pada Hari Kejadian



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 368
Kecoh Mayat Hidop Semula Di Sungai Besar Pasar Awam
NorCun
116309
Forum Jump: