Kecoh Pengantin Lelaki Sedang Bersanding Turun Pelamin, Peluk Bekas Kekasih

Online
01-12-2018, 09:06 PM,
#1




resim
resim
Nokis melangsungkan perkahwinan mengikut budaya Bugis apabila bekas kekasihnya, Nobi (gambar tengah) tiba-tiba muncul menyanyikan lagu Balo Lipa. - Foto Tribun News

SATU majlis perkahwinan di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, kecoh apabila pengantin lelaki meninggalkan pelamin, memeluk bekas kekasihnya yang tiba-tiba muncul dan menyanyikan lagu mencurahkan rasa kecewanya, Rabu lalu.

Ketika kejadian, pengantin lelaki, Nokis, sedang bersanding dengan isterinya selepas akad nikah apabila bekas kekasihnya, Novi, yang datang dari sejauh Jambi, muncul menyanyikan lagu bertajuk Balo Lipa.

Menurut pengunjung, wajah Nokis berubah sebelum turun dari pelamin menghampiri Novi, mengambil pembesar suara dari tangan Novi dan memeluk bekas kekasihnya itu.

Nokis kemudian terhuyung-hayang sebelum jatuh pengsan ke atas kerusi.

Video kejadian itu yang disiarkan di media sosial menjadi tular dan sudah dikongsi 28,000 kali selepas disiarkan di Facebook oleh Sukma Henny.

Menurut potral berita Tribun News yang memetik Tribun Timur, ustaz Muhammad Erfin Beddu yang membacakan khutbah nikah di majlis itu berkata dia diberitahu keluarga Nokis, wanita berkenaan adalah bekas kekasihnya.

Menurutnya, dia diberitahu Nokis pernah meminang Novi namun ditolak keluarga wanita itu selepas Nokis tidak bersetuju dengan ‘wang panaik’ atau hantaran yang diminta.

Bagi masyarakat Bugis, selain mas kahwin, pihak lelaki juga perlu memberi wang panaik yang jumlahnya bergantung kepada status serta tahap pendidikan wanita dipinang.

Kecewa pinangan ditolak, Nokis berkahwin dengan isterinya yang baru dua bulan dikenalinya.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan apa yang terjadi antara Nokis dan isterinya serta Novi.

Antara lirik lagu Balo Lipa:

“Lemmusa nyamu andi

musolangi atikku

engka mu tudang botting

riolo mattakku”

Terjemahan:

“betapa tega dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

kau duduk bersanding

di depan mataku”. - Metro

Possibly Related Threads...
Terharu Lihat Warga Emas Peluk Kucing Lepas Rumah Musnah Terbakar
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Menteri Besar Tidak Dimaklum Arahan Denda Rm1,000 Lelaki Tak Solat Jumaat
25 Tahun Jadi Pondan, Lelaki Kini Nekad Berubah
Lelaki Guna Kereta Kebal Semata-mata Mahu Curi Sebotol Arak
11~17 Jan: Harga Petrol Turun 3 Sen
Lelaki Tampar Wanita Tak Pakai Tudung Di Penang
Lelaki Sudah Diisytihar Mati Rupanya Masih Hidup, Nyaris Dipotong Bedah Siasat
Pengantin Jadi Viral Lepas Sisip Pistol Mainan Bukan Keris



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 80
Kecoh Pengantin Lelaki Sedang Bersanding Turun Pelamin, Peluk Bekas Kekasih
sukawg
115076
Forum Jump: