Kedai Jual Vape Meletup

Offline
10-03-2015, 07:17 AM,
#1
resim
AMIR melihat bahagian dalam kedai yang terbakar, kelmarin.

Manjung: Seorang pemilik kedai menjual vape kerugian lebih RM3,000 selepas premis kedai menjual peralatan terbabit terbakar akibat letupan dua tin isian semula gas di Pusat Perniagaan Seri Manjung, semalam.

Dalam kejadian jam 8.55 pagi itu, kedai terbabit terbakar selepas dua tin isian semula meletup dipercayai terkena percikan api dari penyambung suis elektrik.

Pemilik kedai Amir Fazreen Shamsul Bahari, 28, berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di kedai dan hanya bahagian meja kaunter terbakar.

“Saya mengetahui kejadian itu daripada jiran sebelah kedai yang menghubungi saya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Saya bersyukur kedai tidak musnah dalam kebakaran dan hanya meja kaunter saja rosak teruk,” katanya.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 37, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kedai sebelum terdengar letupan kuat dan letupan kali kedua lebih kuat disertai gegaran kecil seketika.

“Saya berada dalam kedai ketika itu mula risau sebelum keluar dari kedai memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati kepulan asap hitam di pintu premis terbabit,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Manjung Ismail Othman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.15 pagi sebelum dua jentera bersama 15 anggota dan pegawai dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian anggota mendapati kepulan asap keluar dari premis dan kebakaran membabitkan perkakas di dalam premis saja,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Blogger Wanita Maut Bekas Krim Putar Meletup Hentam Dadanya
Pak Sheikh Ditahan Jual Air Ketum
Rompakan Kedai Emas Di Giant Tampoi, Pengawal Ditembak
Bangkai Kapal Meletup Di Pengerang Berjaya Dikesan Guna Sonar
Kapal Tangki Meletup Sebelum Tenggelam Di Pengerang, 6 Krew Hilang
Padah Nyalakan Rokok Dekat Tong Petrol, Lelaki Melecur Lepas Meletup
Wanita Maut Dirempuh 4wd Ketika Jual Kuih Di Depan Rumah
Misteri Bau Busuk Kedai Tom Yam Terjawab, Jumpa Mayat Tukang Masak
Cikgu Sanggup Jual Rumah, Rugi Rm245,000 Diperdaya Cinta Lelaki Singapura
Jual Tanah Wakaf: 2 Bekas Ajk Masjid Direman 4 Hari



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 489
Kedai Jual Vape Meletup
sukawg
98683
Forum Jump: