Kehidupan Wanita Di Kluang Selepas Keempat-empat Kaki Tangan Dikerat Suami

Offline
11-15-2017, 08:45 AM,
#1
resim
Menaga menceritakan keadaannya kepada Vidyananthan (dua, kiri).

resim
Tragedi yang berlaku pada Disember 2014.

KLUANG - Seorang ibu tunggal tiga anak bergantung harap kepada bantuan Perkeso dan JKM untuk meneruskan kehidupannya.

P K Menaga, 49, merupakan OKU tanpa memiliki kedua belah tangan dan kaki akibat tindakan kejam suaminya tiga tahun lalu kerana cemburu.

Dia berkata, selepas kejadian itu, suaminya telah meninggal dunia dan kehidupan berubah 360 darjah disebabkan kecacatan yang dialaminya.

“Sebelum kejadian, saya bekerja di sebuah kilang namun selepas apa yang terjadi saya hanya mengharap bantuan pencen Perkeso sebanyak RM1,500 sebulan dan JKM sebanyak RM200 sebulan untuk menyara kami empat beranak.

“Sejak kejadian, saya jalani rawatan fisioterapi selama setahun lebih di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Melaka. Saya juga diajar menggunakan tangan dan kaki palsu untuk mudahkan pergerakan saya di rumah.

“Tiga anak saya yang berusia antara 13 hingga 23 tahun yang banyak beri kekuatan kepada saya untuk terus hidup selain bapa saya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Suria, di sini, semalam.

Pada 11 Disember 2014, media melaporkan seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Menaga berkata, pada masa ini, anak bongsu dan bapanya banyak membantunya di rumah manakala dua lagi anaknya sedang melanjutkan pelajaran di Johor Bahru.

“Anak bongsu saya pun ada terima RM150 setahun daripada JKM untuk bantuan persekolahannya namun semua pendapatan yang diperoleh ini akan digunakan sebaik-baiknya bagi memastikan cita-cita mereka untuk berjaya dalam akademik tercapai," katanya yang turut menerima bantuan daripada Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA) yang disampaikan oleh Exco Perpaduan dan Sumber Manusia, R Vidyananthan, semalam.

Menaga turut mengucapkan terima kasih dengan bantuan yang dihulurkan oleh Juita untuk membantunya.

“Sekarang saya hanya boleh bergerak perlahan-lahan menggunakan kaki palsu yang dibekalkan Perkeso sejak setahun lalu," katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Selama 4 Tahun, Si Suami Sebenarnya Seorang Perempuan Yang Menyamar Lelaki
Di India, Wanita Sanggup Mengemis Demi Bina Tandas
Takut Beg Hilang, Wanita China Masuk Dalam Mesin Pengimbas
Biarpun Tiada Tangan, Lelaki Pandai Menjahit Guna Kaki
Wanita Dijatuh Hukuman Sindir Wartawan Pakai Kopiah Yang Rakam Gambarnya
Tak Sempat, Wanita Terberanak Di Koridor Hospital
Semua Tertipu, Lelaki Menyamar Wanita Berjaya Ke Final Pertandingan Ratu Cantik
Terkejut Nasi Berlauk Kaki Ayam Dicaj Rm9
Kes Cikgu Gigit Tangan Murid Selesai, Bayar Denda Seekor Ayam
Wanita Jual Susu Badan Sendiri Di Tepi Jalan Untuk Rawat Anak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 79
Kehidupan Wanita Di Kluang Selepas Keempat-empat Kaki Tangan Dikerat Suami
sukawg
113662
Forum Jump: