Kehidupan Wanita Di Kluang Selepas Keempat-empat Kaki Tangan Dikerat Suami

Offline
11-15-2017, 08:45 AM,
#1
resim
Menaga menceritakan keadaannya kepada Vidyananthan (dua, kiri).

resim
Tragedi yang berlaku pada Disember 2014.

KLUANG - Seorang ibu tunggal tiga anak bergantung harap kepada bantuan Perkeso dan JKM untuk meneruskan kehidupannya.

P K Menaga, 49, merupakan OKU tanpa memiliki kedua belah tangan dan kaki akibat tindakan kejam suaminya tiga tahun lalu kerana cemburu.

Dia berkata, selepas kejadian itu, suaminya telah meninggal dunia dan kehidupan berubah 360 darjah disebabkan kecacatan yang dialaminya.

“Sebelum kejadian, saya bekerja di sebuah kilang namun selepas apa yang terjadi saya hanya mengharap bantuan pencen Perkeso sebanyak RM1,500 sebulan dan JKM sebanyak RM200 sebulan untuk menyara kami empat beranak.

“Sejak kejadian, saya jalani rawatan fisioterapi selama setahun lebih di Pusat Rehabilitasi Perkeso di Melaka. Saya juga diajar menggunakan tangan dan kaki palsu untuk mudahkan pergerakan saya di rumah.

“Tiga anak saya yang berusia antara 13 hingga 23 tahun yang banyak beri kekuatan kepada saya untuk terus hidup selain bapa saya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Suria, di sini, semalam.

Pada 11 Disember 2014, media melaporkan seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Menaga berkata, pada masa ini, anak bongsu dan bapanya banyak membantunya di rumah manakala dua lagi anaknya sedang melanjutkan pelajaran di Johor Bahru.

“Anak bongsu saya pun ada terima RM150 setahun daripada JKM untuk bantuan persekolahannya namun semua pendapatan yang diperoleh ini akan digunakan sebaik-baiknya bagi memastikan cita-cita mereka untuk berjaya dalam akademik tercapai," katanya yang turut menerima bantuan daripada Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA) yang disampaikan oleh Exco Perpaduan dan Sumber Manusia, R Vidyananthan, semalam.

Menaga turut mengucapkan terima kasih dengan bantuan yang dihulurkan oleh Juita untuk membantunya.

“Sekarang saya hanya boleh bergerak perlahan-lahan menggunakan kaki palsu yang dibekalkan Perkeso sejak setahun lalu," katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Rakyat Meluat Anak Mugabe Tayang Kehidupan Mewah, Ada Kereta Batman
Boikot Caltex: Bekas Pengusaha Stesen Minyak Gam Tangan Di Lantai
Akhirnya Babi Hidup Malaysia Dibenar Masuk Singapura Selepas 18 Tahun
Nelayan Kudung Kaki Naikkan Pari Gergasi Seberat 120 Kg
Kuda Ditahan Dalam Lokap Lepas Tendang Wanita
Penjawat Awam Dibuang Kerja Hanya Selepas Ponteng 2,002 Hari
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suami Buat Semua Kerja Rumah
Wanita Lahirkan Kembar 5, Ianya Satu Dalam 60 Juta
Masih Menafikan, Wanita Dakwa Honda Crv Ditemui Semula Betul-betul Di Petak Asal
Lelaki Tendang Wanita Di Jejantas Dipenjara 12 Bulan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 41
Kehidupan Wanita Di Kluang Selepas Keempat-empat Kaki Tangan Dikerat Suami
sukawg
113662
Forum Jump: