Kelantan Tiada Angka Rasmi Pengikut Syiah

Offline
08-01-2013, 07:08 AM,
#1
Kelantan tiada angka rasmi pengikut Syiah






KOTA BAHRU - Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai angka rasmi pengikut syiah di negeri ini walaupun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mendakwa jumlahnya adalah kira-kira 1,000 orang.

   

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jumlah yang dilaporkan mungkin berdasarkan daripada pemantauan dan juga pemerhatian JAHEAIK.

   

"Rekod rasminya tiada cuma kita dengar ada orang yang mengamalkan fahaman syiah tetapi tidak ada angka dan juga senarai yang rasmi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

   

Beliau berkata Pas sendiri berpegang teguh kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sama sekali fahaman syiah.

   

"Presiden (Pas) juga pernah menyebut mana-mana ahli Pas yang berpegang kepada syiah, mereka diminta untuk keluar daripada Pas kerana pegangan ini menyeleweng daripada agama dan akidah orang Islam," katanya.

Mohd Amar berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai pimpinan dan anggota Pas termasuk di negeri itu yang mengamalkan ajaran syiah.

   

"Kalau ada laporan kita akan siasat dan sekiranya ada bukti ada dalam kalangan ahli Pas yang mengamalkan syiah kita akan pecat," katanya.

   

Sementara itu, Mohd Amar berkata isu air di negeri ini masih dalam proses penyelesaian dan beberapa tempat yang mengalami masalah air yang serius telah diselesaikan.

   

"Beberapa tempat seperti Mengkebang, Kuala Krai dan Tumpat masih dalam proses pemantauan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya. - Bernama





http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kelantan-tiada-angka-rasmi-pengikut-syiah-1.188895?localLinksEnabled=false


Possibly Related Threads...
Mendedahkan Video Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang
Download Mp3 Ceramah Seminar Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Kelantan 2013
10 Soalan Bukti Orang Syiah Sesat Ketika Diajak Berdebat
Karya Penulis Fahaman Syiah Diharam Serta-merta
Penerangan Tentang Bahaya Syiah
Mutakhirbh_pahang Akan Wartakan Fatwa Pengharaman Syiah: Tengku Abdullah
Mutakhirbh_jakim Pantau Pergerakan Syiah Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri
Individu Amal Syiah Ditolak Tak Kira Parti
Ustaz Kazim: Syiah Perlu Dibendung
Syiah: Kerajaan Negeri Kelantan Selari Keputusan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 741
Kelantan Tiada Angka Rasmi Pengikut Syiah
mamakpaper
76382
Forum Jump: