Keluarga Diraja Britain Punyai Kekayaan Rm366 Bilion

Online
11-23-2017, 07:46 AM,
#1
resim
SUMBANGAN pemerintahan monarki Britain kepada industri media dan kesenian seperti rancangan The Crown and Victoria memberikan pulangan sekitar £50 juta (RM273 juta) setahun.

resim
PADA tahun 2016, kira-kira 2.7 juta pelancong mengunjungi Istana Buckingham dan beberapa istana lain yang merupakan tarikan utama keluarga diraja Britain.

LONDON – Keluarga diraja Britain dianggarkan bernilai lebih £67 bilion (RM366 bilion) dan menyumbang kepada ekonomi negara itu sebanyak £1.8 bilion (RM9.8 bilion) setiap tahun melalui sektor pelancongan, perniagaan dan rancangan bersiri televisyen The Crown and Victoria.

Menurut laporan sebuah firma konsultasi terkemuka, Brand Finance, nilai anggaran jenama Monarki Diraja Britain itu merangkumi aset seperti Crown Estate, koleksi barangan kemas Royal dan lain-lain.

Laporan itu menyebut, sekiranya keluarga diraja itu merupakan satu perniagaan, ia akan berada di tempat ketiga bagi jenama paling terkenal di dunia di belakang Apple dan Google.

Ketua Eksekutif Brand Finance, David Haigh berkata, monarki di negara itu merupakan kekayaan negara sama ada dalam bentuk simbolik dan ekonomi.

“Ia jelas terutama apabila di era Brexit, Britain boleh bergantung kepada diplomasi keluarga diraja bagi memudahkan hubungan dagang dengan anggota Komanwel dan negara-negara lain. Walaupun ia di luar kebiasaan namun, amat menguntungkan dari sudut ekonomi,” katanya. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
Putera Mahkota Saudi Beli Istana Termahal Di Dunia Bernilai Rm1.2 Bilion
Bersatu Buat Laporan Polis Kehilangan Rm161 Bilion
Putera Mahkota Saudi Beli Lukisan Berharga Rm1.8 Bilion
Hadkan Hanya Seorang Dalam Keluarga Kerja Kerajaan
Ibu Sudah Serah Bayi Pada Keluarga Angkat Merayu Mahukan Semula
Satu Keluarga Ditahan Polis Kerana Anak Sebut Allah, Boom Dalam Kelas
Orang Kaya Arab Saudi Setuju Serah Harta, Dijangka Kutip Rm411 Bilion
Rentung Di Georgetown: Pemimpin Mca Penang Hilang 4 Ahli Keluarga
Seleweng Rm1.5 Bilion Di Sabah, Shafie Apdal Ditahan Sprm
Seleweng Rm1.5 Bilion Di Sabah, Shafie Apdal Ditahan Sprm



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Keluarga Diraja Britain Punyai Kekayaan Rm366 Bilion
sukawg
113844
Forum Jump: