Keluarga Mangsa Saman Presiden Putin, Russia

Offline
05-22-2016, 10:48 AM,
#1
resim

CANBERRA: Keluarga 33 mangsa nahas pesawat MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014, memfailkan saman di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah terhadap Presiden Vladimir Putin dan Russia, menuntut pampasan AUS$10 juta (RM29 juta) setiap seorang. 

Laporan akhbar The Sydney Morning Herald menyatakan tuntutan itu difailkan dengan mahkamah beribu pejabat di Strasbourg oleh firma guaman Sydnet, LHD Lawyers pada 9 Mei lalu bagi pihak 33 anggota keluarga mangsa dari Australia, New Zealand dan Malaysia. 

Semua 298 penumpang dan kru, majoriti rakyat Belanda, terbunuh apabila Boeing 777 itu ditembak dengan peluru berpandu antipesawat, BUK, buatan Russia di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai 2014. 

Dokumen yang difailkan firma berkenaan mendakwa Persekutuan Russia berusaha menyembunyikan pembabitannya dalam nahas itu. 

Seorang daripada peguam, Jerry Skinner, memberitahu anak guam mereka mahukan jawapan. 

"Mereka mahukan wang yang cukup menunjukkan Russia mengambil serius perkara ini," akhbar berkenaan memetik Skinner sebagai berkata. 

Pegawai Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) merumuskan tahun lalu bahawa pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu BUK. 

Februari lalu, pasukan siasatan jenayah berasingan berkata mereka berharap dapat menentukan lokasi sebenar bedilan dilepaskan dalam masa beberapa bulan lagi. 

Beberapa keluarga turut mempertimbangkan untuk menyaman Malaysia Airlines menuntut pampasan kehilangan pendapatan selain ganti rugi bagi trauma psikologi kehilangan orang tersayang. - Agensi/BH

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Pengeluar Buk Russia Pertikai Hasil Siasatan Mh17
Laporan Mh17: Pesawat Ditembak Peluru Berpandu Buatan Russia
Pakar Forensik Tunjuk Gambar Mangsa Mh17 Dipecat
Muzium Russia Mahu Pamer Serpihan Mh17 Ditembak Jatuh
Dokumentari Mh-17: The Untold Story Dari Kaca Mata Russia
Tindakan Media Russia Makan Diri Kantoi Gambar Palsu
Keluarga Mangsa Mh17 Dari Belanda Ke Tapak Nahas Cari Sendiri Mayat Sepupu
Mh17: Ada Mangsa Ditemui Pakai Topeng Oksigen



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 426
Keluarga Mangsa Saman Presiden Putin, Russia
sukawg
102816
Forum Jump: