Kena Kanser Guna Bedak Johnson & Johnson, Wanita Menang Saman Rm1.7 Bilion

Offline
08-22-2017, 08:34 AM,
#1


resim

LOS ANGELES: Juri California mengarahkan syarikat pengeluar ubat Johnson & Johnson membayar AS$417 juta (RM1.7 bilion) kepada seorang wanita yang mendakwa menghidap kanser ovari selepas menggunakan produk berasaskan talkum keluaran syarikat itu.



Kes itu adalah satu daripada ribuan tuntutan undang-undang yang di bawa ke peringkat kebangsaan, mendakwa syarikat itu gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko kanser daripada talkum di dalam produknya.

Arahan juri itu termasuk sejumlah AS$347 juta (RM1.4 bilion) ganti rugi punitif, kepada Eva Echeverria selepas beliau memfailkan saman pada Julai tahun lalu, kata seorang wakil Mahkamah Agung Los Angeles kepada AFP.

Echeverria, 63, menghidap penyakit itu selepas beberapa dekad menggunakan produk kebersihan wanita berasaskan serbuk Johnson & Johnson, menurut media.

Johnson & Johnson berkata dalam satu kenyataan ia akan membuat rayuan.

Setakat ini, juri di St Louis, Missouri juga pernah mengarahkan Johnson & Johnson membayar ganti rugi berjumlah lebih daripada AS$307 juta (RM1.3 bilion) membabitkan kes yang sama. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Menang Jackpot Toto Rm70 Juta, Terbesar Di Malaysia
Wanita Di Kuantan Terpaksa Telan Air Panas Mendidih
Wanita Hidap Penyakit Pelik, Akan Tertidur Lepas Ketawa
Mental Tak Dapat 19a, Wanita Ditahan Kerana Cium Pipi Sultan Johor
Hias Rumah Bertemakan Kemerdekaan, Pemilik Menang Proton Saga Blm
Pm Najib Jumpa Trump Di Rumah Putih, Beli Jet Boeing Rm42 Bilion
Halimah Hampir Pasti Wanita Melayu Pertama Jadi Presiden Singapura
Wanita Pengunci Stereng Beri Keterangan, Suami Sah Seorang Oku
Wanita Dengan Pengunci Stereng Mengamuk Tayar Kena Kunci
Kerajaan Bantah Saman Hindraf Terhadap Zakir Naik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 62
Kena Kanser Guna Bedak Johnson & Johnson, Wanita Menang Saman Rm1.7 Bilion
sukawg
112133
Forum Jump: