Kepala Bayi Sudah Dibedah 10 Kali

Offline
11-13-2014, 01:32 PM,
#1
resim

Nilai: “Doktor sering berpesan supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saya hanya mampu berdoa agar anak dapat sembuh kembali kerana tidak sanggup melihat penderitaannya,” kata Junaidah Mustafa, 29, ibu kepada Muhamad Adam Shahrulnizam,18 bulan, yang menderita akibat kepalanya membesar sejak lahir.

Menurutnya, anaknya itu menghidap penyakit hidrosefalus iaitu penambahan jumlah cecair serebrospina (CSF) yang tidak normal di dalam ventrikel otak sejak empat bulan dalam kandungan.

“Selepas Adam lahir pada 28 Mei tahun lalu, ukur lilit kepalanya 41 sentimeter (sm) dan dalam tempoh sebulan setengah, kepala dia membesar sehingga 58sm.

“Kali terakhir ukur lilit kepalanya dibuat pada 7 November lalu dengan ukuran 46 sm dan doktor menyatakan ia tidak akan berubah kerana kepala Adam sudah mengeras.

“Adam kini hanya terbaring di atas tilam kerana sakit,” katanya ketika ditemui di rumah Flat Taman Semarak Blok 8, di sini, semalam.

Junaidah berkata, doktor memberitahunya penyakit terbabit menyebabkan Adam mempunyai masalah air dalam kepala dan otaknya menjadi nipis.

“Kini sudah lebih 10 pembedahan dibuat bagi mengeluarkan air dalam kepala serta melancarkan salur yang dipasang dari kepala ke perutnya itu,” katanya.

Menurutnya, dia menghadapi kesulitan kewangan bagi menampung kos perubatan Adam.

“Suami saya, Sharulnizam Samad, 37, hanya bekerja sebagai penghantar pizza dengan gaji RM900 sebulan dan tidak mampu menanggung segala perbelanjaan kami terutamanya kos pengangkutan pemeriksaan dan salur pada badan Adam yang perlu dibeli dalam tempoh tertentu.

“Sebelum kelahiran Adam, saya turut bekerja, namun kini terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya pada Adam kerana dia perlu perhatian yang rapi,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Junaidah di talian 017-5664960.

Possibly Related Threads...
Kakitangan Jpj Derita Tiada Mata, Tempurung Kepala Akibat Kemalangan
Nor Insyirah, Bayi Usia Sebulan Derita Kepala Membesar
[SinarOnlineUtama]_Basri perlu tempurung kepala
Away
11-13-2014, 01:59 PM,
#2
YA Allahh kesian nya... doket dongan gumahh den ni... Nilai kek bolah mano ni TT ... Ya Robb... kasihani lah hamba mu ini ... sekiranya mati itu lebih baik bagi mu ..Engakau ambil lah dia ...dan sekiranya hidup itu lebih baik bagi MU ..Engkau sembuhkan lah dia...



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 648
Kepala Bayi Sudah Dibedah 10 Kali
sukawg
90262
Forum Jump: