Kepala Keretapi Berusia 
100 Tahun Timbul Di Sungai Perak

Offline
01-04-2017, 08:25 AM,
#1
resim
PENDUDUK melihat kepala kereta api yang timbul di Sungai Perak ketika air surut di Teluk Intan, baru-baru ini. UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN 3 Jan. – Kewujudan kepala kereta api di dasar Sungai Perak dekat Jalan Pasar di sini yang dipercayai berusia 100 tahun sememangnya sudah diketahui masyarakat umum di sini, namun tidak semua orang dapat melihatnya kerana objek itu hanya kelihatan ketika air sungai benar-benar surut.

Seorang peminat sejarah di sini, Badiuzzaman Ishak, 30, merupakan antara individu yang bertuah kerana dapat melihat kepala kereta api dipercayai buatan Rusia yang dilengkapi enjin itu apabila air sungai surut baru-baru ini.

“Ya memang gembira dan teruja kerana tidak semua orang mendapat peluang seperti ini.

“Saya sifatkan objek ini sebagai bahan bersejarah, khazanah negara yang perlu dikaji sejarahnya dan bagaimana boleh terbenam di dasar sungai,” katanya.

Kepala kereta api itu hanya boleh dilihat beberapa kali dalam setahun sewaktu air sungai benar-benar surut, itu pun hanya beberapa minit sebelum air kembali pasang.

Objek itu masih berada dalam keadaan baik dan mungkin bahagian gerabaknya turut terbenam di dasar sungai.

Menurut cerita penduduk tempatan, pada sekitar 1930-an kawasan objek itu terbenam merupakan laluan kereta api, namun hakisan menyebabkan laluan rel itu tenggelam.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Ishak Muhammad Ayub, 59, sering ke lokasi berkenaan kerana rumahnya terletak berhampiran.

Menurutnya, tidak diketahui kisah sebenar kepala kereta api tersebut boleh berada di dasar sungai, namun berdasarkan cerita penduduk di sini, pernah wujud laluan kereta api di situ.

Katanya, mungkin hakisan sungai menyebabkan landasan kereta api yang dipercayai digunakan untuk mengangkut barang, akhirnya tenggelam ke dalam sungai. - Utusan

Possibly Related Threads...
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
Saintis Jumpa Gigi Manusia Berusia 2.8 Juta Tahun
Iklan Mas Cari Jurutera Kapal Terbang 41 Tahun Dulu
Suasana Penjajahan British Di Kuala Lumpur Tahun 1920 - 1929.
Tragedi Kapal Tldm Kd Sri Perak Yang Tenggelam..
Wajah Manusia Berusia 5,500 Tahun Dihasilkan Artis Forensik
Mumia Gadis 15 Tahun Berusia 500 Tahun Masih Sempurna.
Masjid Bandar Sda Kota Kinabalu Kebanggaan Umat Islam Di Sabah Sejak Tahun 1974.
Sejarah Polis Di Raja Malaysia (pdrm) Selama 206 Tahun Sejak 1807.
Koleksi Gambar Bruce Lee Senyum Sempena Ulangtahun 40 Tahun Kematiannya 12 Gambar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 496
Kepala Keretapi Berusia 
100 Tahun Timbul Di Sungai Perak
sukawg
106835
Forum Jump: