Kera Pun Dipakaikan Selimut Akibat Cuaca Sejuk

Online
01-13-2018, 06:33 PM,
#1
resim
Wan Ahmad Wan Sulaiman membalut Bobby dengan sehelai kain bagi mengelak haiwan itu kesejukan di rumahnya di Kampung Aur Duri, Kuala Krai hari ini.-UTUSAN

KUALA KRAI 13 Jan. - Fenomena cuaca sejuk yang dikatakan melanda seluruh negara sejak beberapa hari lalu turut dirasai penduduk di sekitar jajahan ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar jajahan ini mendapati keadaan cuaca sejuk, berangin dan berkabus selain hujan menyebabkan rata-rata penduduk memakai baju sejuk setiap masa.

Bagaimanapun, suhu rendah antara 22 hingga 24 darjah celcius sepanjang hari ini tidaklah sesejuk ketika jajahan ini dilanda musim sejuk luar biasa sekitar awal tahun 2014.

Ketika 2014, suhu di sekitar Kuala Krai sepanjang hari dilaporkan serendah antara 19 hingga 22 darjah Celcius terutama pada awal pagi.

Suhu normal di sini ialah antara 28-32 darjah celcius

Pesara tentera, Wan Ahmad Wan Sulaiman berkata, cuaca sejuk dirasakan hingga ke tulang pada awal pagi sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarganya terpaksa memanaskan air untuk mandi.

“Suhu sejuk ini mungkin sebab hujan sering turun. Cucu saya tidak mahu mandi kalau air sejuk. Jadi setiap pagi kami akan jerang air di dapur untuk mandi. Kami juga terpaksa memakai baju sejuk sepanjang hari.

“Saya bimbang kera saya, Bobby yang ditambat di luar rumah kesejukan. Jadi saya bercadang membelikan sehelai baju sejuk untuk Bobby juga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Aur Duri, di sini hari ini.

Ketika ditemui, Wan Ahmad sedang bermain dengan Bobby dan menyelimutkan kera jantan kesayangannya itu dengan sehelai kain. - Utusan

Possibly Related Threads...
Cuaca Sejuk Baju Tak Kering, Kedai Dobi Jadi Tumpuan Warga Kota
Lepas Sejuk Macam Korea, Kuala Pilah Kini Kembali Panas
Sejuk Dah Macam Korea, Kata Orang Kuala Pilah
Penduduk Kuala Pilah Alami Sejuk Luar Biasa, 21 Darjah Celsius
Musang King Naik Harga Sebab Cuaca, Kata Peniaga
Lelaki Jadi Jutawan Jual Sehelai Selimut Rm6 Juta
Cameron Highlands Catat Suhu Paling Sejuk Di Malaysia
Kedah, Perlis Kini Dilanda Cuaca Sejuk
Berpuluh Bangkai Kera Ditemui Mati Bergelimpangan Di Perak
Bangkai Kera Ditemui Bergelimpangan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 30
Kera Pun Dipakaikan Selimut Akibat Cuaca Sejuk
sukawg
115082
Forum Jump: