Kerajaan Ambil Tindakan Bila Ron95 Lebih Rm2.50 Seliter

Online
11-20-2017, 11:13 PM,
#1


resim

PUTRAJAYA: Kerajaan akan kenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.



Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kerajaan memilih pendekatan itu berdasarkan trend kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakangan ini.

"Langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

"Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini mencecah lebih AS$60 (RM249.60) setong," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga menjelaskan pada masa ini kerajaan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia, yang berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.

Katanya, penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing secara mingguan iaitu purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, maka harga runcit produk petroleum turut naik. Sebaliknya harga runcit produk petroleum akan berkurang jika harga minyak mentah dunia turun.

Pada masa ini, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan selain gas memasak. - BHarian

Possibly Related Threads...
Tulang Kaki Hancur, Lelaki Lebih Rela Terkulai Daripada Dipotong
14~20 Dis: Ron95 Turun 4 Sen, Ron97 Turun 5 Sen
Lelaki Mengaku Salah Cuba Ambil Alih Pesawat Mas Mh128 Padai Mei Lalu
Kerajaan Diminta Jelaskan Siapa Broadnet Network
Hadkan Hanya Seorang Dalam Keluarga Kerja Kerajaan
Zahid Hamidi Gesa Pemberi Rasuah Pun Patut Diambil Tindakan
Lebih 1,000 Penduduk Datang Mahu Lihat Batu Nisan Misteri
Rumah Mudah Alih Hanya Ambil Masa 6 Jam Untuk Dipasang
Penipu Minta Dipenjara Lebih Ketat Kerana Tak Dapat Tahan Diri Menipu Lagi
Saintis Edit Dna Sendiri Untuk Jadi Lebih Kuat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 87
Kerajaan Ambil Tindakan Bila Ron95 Lebih Rm2.50 Seliter
sukawg
113789
Forum Jump: