Kerajaan Maharashtra Larang Guna Google Translate

Offline
12-25-2015, 11:57 PM,
#1
resim

MAHARASHTRA: Kerajaan wilayah Maharashtra di India melarang pegawai dan kakitangannya daripada menggunakan perkakasan terjemahan popular Google untuk menterjemah dokumen rasmi ke dalam bahasa lain. 

Larangan itu dibuat menerusi pengumuman rasmi selepas insiden memalukan kepada kerajaan negeri atas kesilapan menterjemah tuduhan berkaitan hasutan. 

Pekeliling bertarikh 27 Ogos 2015, mencetuskan kontroversi mengenai syarat yang diperlukan bagi mengambil tindakan terhadap seseorang mengikut Seksyen 124A Kanun Keseksaan India (IPC) yang berkaitan dengan hasutan. 

Kerajaan negeri Maharashtra yang diketuai Devendra Fadnavis mengakui kesilapan dalam versi Marathi, kemudiannya menarik balik pekeliling berkenaan. 

Pada Isnin, Jabatan Teknologi Maklumat mengeluarkan Resolusi Kerajaan (GR) dengan meminta semua jabatan kerajaan supaya tidak menggunakan Google Translate untuk tujuan terjemahan. - Agensi/BH

Possibly Related Threads...
Google Peringati Jasa Heroin Tidak Didendang
Russia Denda Google Rm27 Juta
Permainan Pac Man Pada Google Maps Anda Boleh Dimainkan Sekarang
#streetview Google 3 Tempat Menakutkan Sempena Sambutan Halloween
Bimbang Disaman, Google Padam Gambar-gambar Bogel Selebriti



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 455
Kerajaan Maharashtra Larang Guna Google Translate
sukawg
100133
Forum Jump: