Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Harga Rumah Bakal Jatuh

Offline
11-14-2017, 09:40 PM,
#1


resim

PUTRAJAYA 13 Nov. - Kerajaan tidak menolak kemungkinan harga rumah bakal turun ekoran berlakunya trend unit kediaman siap dibina tidak terjual atau overhang yang meningkat sebanyak 40 peratus.



Timbalan Mente*ri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, sebanyak 20,807 unit kediaman bersamaan nilai RM12.26 bilion tidak terjual manakala kon*dominium berharga melebihi RM500,000 mendominasi overhang.

“Namun, itu terpulang kepada pihak pemaju sendiri yang perlu mengambil kira permintaan dan penawaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pe*ngarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Nordin Daharom.

Chee Leong berkata, pasaran hartanah tahun ini menunjukkan perkembangan yang baik walaupun berhadapan ketidaktentuan politik global dan persekitaran ekonomi mencabar.

Katanya, prestasi pasaran hartanah semasa mencatatkan penurunan pada kadar lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.

“Untuk separuh tahun pertama 2017, jumlah bilangan transaksi direkodkan melebihi 150,000 iaitu penurunan enam peratus berbanding 12.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah nilai transaksi pula direkodkan RM67 bilion iaitu meningkat 5 peratus berban*ding penurunan 12 peratus dalam tempoh sama,” katanya. - Utusan

====

Lebih 20,000 rumah sudah siap tak terjual

PUTRAJAYA, 13 Nov — Unit kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 unit bernilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh yang sama 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong.


“Kondominium dan pangsapuri berharga lebih RM500,000 mendominasi kediaman (siap dibina) yang terjual dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata lokasi dan harga kediaman turut menjadi faktor kepada masalah tidak terjual.

“Di Kuala Lumpur, kediaman berharga RM300,000 dianggap mampu milik tetapi perkara ini mungkin berbeza mengikut negeri,” katanya.

Justeru itu, Lee menyarankan pihak berkuasa tempatan membuat kajian pasaran menggunakan statistik dan petunjuk pasaran harta tanah yang diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan sebelum mempertimbangkan kelulusan pembangunan harta tanah.

“Saranan yang sama juga diberikan kepada pemaju harta tanah supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menjamin kelestarian pasaran harta tanah negara,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata terdapat sebanyak 68,000 unit kediaman mula dibina pada separuh pertama 2017, meningkat 16 peratus berbanding jumlah yang dicatatkan pada separuhpertama 2016.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh unit strata yang kebanyakannya terletak di Kuala Lumpur. Kenaikan 16 peratus dalam projek permulaan harta tanah ini memberi petanda bahawa terdapat keyakinan terhadap ekonomi negara, jika tidak, mereka (pemaju perumahan) tidak akan memulakan projek berkenaan,” katanya. — Bernama/MMO

Possibly Related Threads...
22~28 Feb: Harga Petrol, Diesel Turun Lagi
Kerajaan Dikecam Beri Basikal Kepada Penjawat Awam Bomba Dan Jururawat
Sindir Makan Dalam, Gadis Beri Jambangan Rokok Buat Bakal Suami
Warna-warni Disangka Rumah Tumpangan, Rupanya Rumah Mayat
Indonesia Pertimbang Larang Pembantu Rumah Ke Malaysia
Rumah Di Malaysia Terus Tak Mampu Dibeli, Kata Bnm
Suri Rumah Dituduh Hina Ydp Agong Di Facebook
Polis Siasat Viral Kes Doula, Bayi Mati Ketika Lahir Di Rumah
8~14 Feb: Harga Petrol Naik, Diesel Turun
Pasangan Kekasih Bakal Berkahwin Lepas Terpisah 72 Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 52
Kerajaan Tak Tolak Kemungkinan Harga Rumah Bakal Jatuh
sukawg
113646
Forum Jump: