Kerana Salah Faham, Ramai Melayu Mahu Jadi Arab

Offline
04-09-2017, 05:34 PM,
#1
resim
CEO Gerakan Kesederhanaan Global meminta masyarakat Islam di Malaysia agar tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.

BANGKOK: Masyarakat Islam di Malaysia diminta agar tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, (GMM) Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa berkata Arabisasi menjadi trend yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di rantau ini.

“Yang perlu dihidupkan adalah proses Islamisasi dan bukannya Arabisasi, sebab bukan semua Arab itu adalah Islam.

“Islam juga datang bukan untuk menghapuskan budaya, bangsa dan sebagainya. Jadi yang paling penting kepada kita adalah dasar-dasar Islam itu daripada sumber-sumbernya al-Quran, sunnah dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Nasharudin yang dilantik mengetuai GMM pada 2015 berkata, ramai yang hendak menjadi Arab kerana menjangkakan Arab itu adalah Islam dan Islam itu adalah Arab, yang pendapat itu adalah salah sama sekali.

Rumpun Melayu katanya, amat kaya dengan khazanah budaya tersendiri yang tidak bercanggah dengan syarak.

“Selagi mana budaya itu tidak bercanggah dengan syarak, ia tidak ada halangan dalam Islam. Tetapi jikalau budaya dan peradapan itu bercanggah dengan syarak, itu adalah isu lain,” katanya.

Ajaran agama Islam bukanlah sesuatu yang sempit dan ketat, kerana Islam memberikan ruang kepada bangsa dan budaya, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak, menurut Nasharudin.

Beliau berada di sini bagi menyampaikan ucaptama dalam seminar kesederhanaan di Universiti Chulalongkorn.

Seminar bertajuk Kesederhanaan: Pendekatan Bagi Menghadapi Transisi Global Mengenai ASEAN-Thailand dihadiri cendekiawan Islam di Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan turut hadir.

Dalam ucapannya, Surin yang merupakan bekas Menteri Luar Thailand berkata, Malaysia dan Indonesia kini sedang berhadapan dengan masalah berkaitan Arabisasi terhadap budaya mereka. - FMT


===========

Buka puasa jadi iftar, tudung jadi hijab - Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

resim

SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.


http://www.astroawani.com/news/show/melayu-kenapa-kau-nak-jadi-arab-40752

Possibly Related Threads...
10 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia.
Taktik "persatuan Melayu Kristian Singapura" Aktif Di Johor Dibongkar
Mendedahkan Video Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang
Masyaalah Ibadah Sembahyang Pon Jadi Persendaan Komen Fb
Fitnah! Perluasan Masjid Nabawi Oleh Kerajaan Arab Saudi
Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS
Zionis mahu bina kubur palsu di sekitar Al-Aqsa
Video “Ahmad’s Dream” ajar jadi murtad
TERKINI Gereja KL dan PJ ada agenda Kristanisasi terhadap melayu
jangan murtad org melayu d terengganu !!!



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 512
Kerana Salah Faham, Ramai Melayu Mahu Jadi Arab
sukawg
109360
Forum Jump: