'Keranda' Hitam Didakwa Milik Makhluk Asing Dalam Piramid

Offline
01-12-2017, 03:05 PM, (This post was last modified: 01-12-2017, 03:05 PM by Reez Ramsey.)
#1




resim
resim
resim
resim
resim
Each corner has a precision machined radius.

KAHERAH 3 Jan. - Sekumpulan pakar arkeologi menemukan 24 bongkah batu hitam gergasi menyerupai keranda didakwa milik makhluk asing berdasarkan saiznya yang luar biasa besar di Piramid Giza baru-baru ini.

Objek-objek berkenaan dijumpai tertimbus di gua lereng bukit kira-kira 19 kilometer di selatan Piramid Giza.

Lapor Express.co.uk, ‘keranda-keranda’ hitam yang diperbuat daripada batu granit tersebut didakwa milik makhluk asing kerana beratnya yang mencecah 100,000 kilogram setiap satu serta ketiadaan teknologi pada zaman purba yang mampu mengangkut objek seberat itu.

Pakar arkeologi masih tidak mengetahui sebab sebenar orang Mesir purba membina objek tersebut yang dikenali sebagai Serapeum of Saqqara.

Namun, apabila dilihat dari segi kemahiran dan ketepatan potongan batu yang luar biasa, beberapa pakar mengandaikan batu hitam itu tidak dibina untuk firaun zaman berkenaan tetapi ditinggalkan oleh makhluk asing.

Disebabkan potongan batu tersebut yang begitu tepat, ia dikatakan akan kekal kedap udara untuk beberapa ribu tahun akan datang.

Bongkah gergasi itu juga memaparkan tulisan hiroglif yang pudar dan pakar menganggapnya hanya sebagai corak grafiti.

Tambah beberapa pakar, tapak penemuan adalah kawasan pengebumian rasmi yang dibina sekitar 3,300 tahun dahulu oleh Firaun Ramesses II.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/video-keranda-hitam-milik-makhluk-asing-1.427684#sthash.LeOlSk9V.dpuf

Possibly Related Threads...
Kapal Selam Jerman Era Perang Dunia Pertama Ditemui Dengan 23 Mayat Di Dalam
Taj Mahal Milik Islam Bukan Hindu, Kata Mahkamah India
Saintis Temui Benua Tersembunyi Di Dalam Lautan Pasifik
Telefon Milik Hitler Dilelong, Dijangka Dibida Rm1.3 Juta
Bagaimana Membina Piramid.
Kisah Perogol Bersiri Malaysia, Sebelum Mati Minta Buku Seks Dimasukkan Dalam Keranda
Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui
Mumia Firaun Tutankhamun Didakwa Masih Ereksi Semasa Disemadikan
Februari 1971, Keranda Terbang Gemparkan Penduduk Muar, Johor
Kapal Selam Risikan Surcouf Milik Tentera Laut Perancis Aneh Dan Unik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 253
'Keranda' Hitam Didakwa Milik Makhluk Asing Dalam Piramid
Reez Ramsey
107095
Forum Jump: